SELASA, 4 MAC - Kira-kira 150 staf 鶹Ƶ (UMS) menghadiri program Sehari Bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) anjuran Jabatan Bendahari dan Jabatan Pendaftar UMS.
Program tersebut bertujuan memberi pendedahan serta ruang kepada kakitangan UMS untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cukai dan e-filling.
Ketika merasmikan program tersebut, Pendaftar UMS No'man Hj. Ahmad berkata adalah menjadi tanggung jawab semua kakitangan UMS untuk membayar cukai seperti yang dikehendaki.
“Saya menyeru kakitangan UMS untuk membayar cukai agar kita dapat menjalankan tanggung jawab kita sekali gus dapat membantu masyarakat dan negara,” katanya.
Beliau turut menyarankan Jabatan Bendahari dan Jabatan Pendaftar untuk menyemak dan meneliti semula kelayakan serta tangga gaji para kakitangan UMS agar mereka dapat menyelesaikan pembayaran cukai dengan mudah.
“UMS sebagai majikan harus membantu para kakitangan untuk menyemak kelayakan potongan cukai berjadual (PCB) ini,” ujarnya.
Program yang diadakan di Megalab Perpustakaan UMS itu turut menyediakan kaunter khidmat pelanggan daripada agensi-agensi seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Pusat Zakat Sabah, LHDN, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar dan Kaunter Seksyen Perkhidmatan Kakitangan Jabatan Bendahari.
Taklimat e-filling dan Potongan Cukai Berjadual (PCB) disampaikan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan LHDN Kota Kinabalu, Puan Christine Sundang Abdullah.
Turut hadir, Ketua Pustakawan UMS, Puan Dayang Rukiah Awang Amit dan pegawai-pegawai kanan UMS.
Foto: Suzeanywati Gasinin



ISNIN, 3 APRIL – Pusat Islam, 鶹Ƶ (PIUMS) berjaya menganjurkan bengkel Mualaf/Saudara Baru Siri 1/2017 bertempat di Masjid UMS baru-baru ini.
ISNIN, 3 APRIL – Finishing School Programme anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), 鶹Ƶ (UMS) mendapat sambutan hangat 60 pelajar UMS baru-baru ini.
JUMAAT, 31 MAC – Program Dakwah Bil Hal Saudara Baru Bersama Masyarakat Kampung Kaingaran, Ranau memberi sinar baharu kepada penduduk berbilang kaum di kampung tersebut.
RABU, 29 MAC - Kelab Seni Orator Kolej Kediaman E, 鶹Ƶ (UMS) menjayakan Pertandingan Pidato Piala Pengetua Kolej Kediaman E di Auditorium Pascasiswazah baru-baru ini.