RABU, 19 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) sekali lagi akan menganjurkan program Rentas Borneo dengan memilih Kg. Sg. Magandai, Kota Marudu sebagai destinasi pada tahun ini.
Rentas Borneo yang memasuki tahun keempat penganjuran merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) UMS yang menjelajah ke kampung-kampung di pedalaman Sabah menggunakan khidmat kenderaan pacuan empat roda daripada Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS.
Menurut Timbalan Naib Canselor UMS, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin, peserta dan sukarelawan Rentas Borneo kali ini akan berkampung di Sekolah Kebangsaan Magandai selama lima hari bermula pada 23 hingga 28 April ini.
“Seramai 100 peserta dan sukarelawan akan mengikuti program ini dengan menggunakan sebanyak 30 buah kenderaan pacuan empat roda,” katanya yang juga Pengerusi Rentas Borneo.
“Banyak aktiviti bersama penduduk kampung akan dijalankan seperti pembinaan mini hidroelektrik, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pergigian, demonstrasi cantuman pokok, sukaneka, demonstrasi makanan tradisi, motivasi, gamification bersama pelajar sekolah, gotong-royong dan banyak lagi,” jelasnya.
Tambah beliau, UMS telah beberapa kali menjalankan CSR di kampung ini dan Rentas Borneo kali ini akan dapat memberi peluang kepada para peserta untuk melihat perkembangan susulan daripada Eksplorasi Magandai yang telah dijalankan di SK Magandai sebelum ini.
Penganjur Rentas Borneo juga menjemput badan-badan korporat, persatuan, mahupun individu yang ingin menyalurkan sumbangan barangan keperluan seperti makanan, barangan mentah, pakaian, buku mahupun alat tulis, boleh berhubung dengan urusetia program di talian 019-8308820 atau 019-8305458.
Sekiranya ingin menyumbang dalam bentuk tunai, boleh disalurkan kepada akaun Maybank Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda 鶹Ƶ (560232123720).



RABU, 19 APRIL - Seramai 30 pelajar 鶹Ƶ (UMS) menerima sumbangan berbentuk Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman (BPTAR) berjumlah RM90,000 daripada Yayasan Tunku Abdul (YTAR).
SELASA, 18 APRIL - Keutamaan pengambilan inspektor polis akan diberikan kepada pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) berdasarkan kemahiran yang diperolehi.
SELASA, 18 APRIL – Pelajar universiti di negara ini dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan kegiatan pengganas atau aktiviti-aktiviti yang boleh menggugat keamanan negara.
TUESDAY, 18 APRIL – Staff at the Faculty of Humanities, Arts and Heritage (FKSW), 鶹Ƶ (UMS) were urged to change for the better, for the benefit of the faculty, and to mould and develop its students to become agent of change.