SELASA, 9 MEI - Lebih 200 pelajar 鶹Ƶ (UMS) menyertai Workshop On Business Ethics-Repsol yang dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama REPSOL Oil & Gas Limited Malaysia, di Galeri, Bangunan Canselori, pagi tadi.
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, bengkel yang ditaja khas oleh REPSOL itu merupakan satu peluang untuk memperoleh ilmu dan berkongsi idea bagi membincangkan isu etika dalam perniagaan.
“Saya yakin isu yang dibincangkan ini amat berguna kepada para pelajar terutama apabila mereka masuk ke alam pekerjaan kelak,” katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.
Datuk Harun berkata, etika perniagaan boleh dijelaskan sebagai kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral yang menghasilkan peraturan dan prinsip dalam situasi perniagaan.
“Nilai-nilai etika seperti integriti, jujur, saksama, bertanggungjawab, cekap dan boleh dipercayai bukan sahaja harus diterapkan dalam dunia perniagaan atau kerjaya bahkan di dalam kehidupan harian.
“Para pekerja yang berpegang pada nilai etika akan cenderung untuk menjadi pekerja yang baik, berprestasi cemerlang dan mampu memberi impak positif kepada jabatan atau organisasi,” jelasnya.
Justeru beliau menyeru, para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang bengkel itu berlangsung yang disifatkannya sangat bermanfaat untuk masa depan mereka.
Hadir sama, Pengurus Perundangan REPSOL Oil & Gas Limited Malaysia, Dayangku Marianah Pengiran Mahmuddin dan Ketua Jabatan HEP, Ahmadi Nurdin.



ISNIN, 8 MEI – Persembahan teater muzikal “Kes Asylum” yang dianjurkan oleh pelajar tahun 2 Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), 鶹Ƶ (UMS) berjaya memukau lebih 200 penonton di Dewan Auditorium Pascasiwazah, UMS baru-baru ini.
JUMAAT, 5 MEI – Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) 鶹Ƶ (UMS) menjalin kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia menerusi Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) sempena Majlis Penutupan Kursus Kaunseling Penyalahgunaan Dadah yang diadakan di Dewan Theatrette, UMS Labuan, baru-baru ini.
JUMAAT, 5 MEI - Karya pelajar tahun akhir program Seni Visual Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) 鶹Ƶ (UMS), Faezah Nor Saddi dinobatkan sebagai Dokumentari Terbaik pada Flicks Fiesta SEA 2017 yang berlangsung di KDU Penang University College, baru-baru ini.
KHAMIS, 4 MEI – Bengkel Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis menjadi medan mahasiswa Kolej Kediaman E mengetengahkan bakat terpendam dalam diri masing-masing.