KHAMIS, 18 MEI - Kempen “Cintai Alam Sekitar dan Badan Sihat” yang dilaksanakan oleh Pengurusan Organisasi Pelajar (POP), 鶹Ƶ (UMS) di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu baru-baru ini mampu menjadi pencetus kepada penduduk kampung itu untuk terus menjaga kebersihan persekitaran kampung.
Menurut Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sembulan Tengah, Mohd Jafar Abdul Hamid, program seumpama itu harus dijalankan dengan lebih kerap bukan sahaja bagi membersihkan persekitaran kampung tetapi untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung sekali gus menerapkan budaya menjaga kebersihan dalam diri mereka.
“Tugas membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal bukanlah menjadi tanggungjawab kepada sesetengah pihak sahaja tetapi menjadi tanggungjawab bersama agar kualiti persekitaran yang bersih dapat dikekalkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan perasmian penutupan program tersebut.
Terdahulu, pengarah program, Ronald Masium menjelaskan , kempen yang dijalankan itu bukan sahaja dapat menyedarkan penduduk kampung Sembulan Tengah tentang pentingnya menjaga alam sekitar tetapi juga turut melatih para pelajar untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dewan kuliah khususnya berkaitan aktiviti khidmat sosial.
“Simbolik pengedaran bakul sampah ke setiap rumah oleh para pelajar UMS memperlihatkan kesungguhan pelajar untuk menyedarkan penduduk kampung tentang perlunya meminimumkan pembuangan sampah.
“Konsep eko kampus yang dipelajari di UMS tidak hanya diamalkan di dalam kampus tetapi turut diterapkan kepada masyarakat luar,” ujar beliau.
Kempen tersebut disertai lebih 80 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UMS, tenaga kerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan penduduk Kampung Sembulan Tengah.
Sumber: Ronald Masium, Pengarah Program Kempen Cintai Alam Sekitar dan Badan Sihat



KHAMIS, 17 MEI - Penyertaan sulung kumpulan tari Artums D’Elite Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) 鶹Ƶ (UMS) membawa hasil apabila berjaya merangkul dua anugerah pada Festival Tari Borneo Hornbill 2017.
KHAMIS, 18 MEI - Seramai 31 Pembantu Makmal 鶹Ƶ (UMS) diraikan dalam satu majlis Penyampaian Sijil Tamat Bridging Programme Sesi 2015/2016 di Galeri, Bangunan Canselori.
RABU, 17 MEI - Lea Vitalis telah dinobatkan sebagai Ratu Unduk Ngadau Program Kaamatan@E yang dianjurkan Kolej Kediaman E, 鶹Ƶ (UMS) pada Ahad.
RABU, 17 MEI - Bidang psikologi memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk kesejahteraan insan kerana bidang ini mengkhusus kepada penerokaan ilmu pengetahuan dan ilmu terapan berkaitan perilaku dan fungsi mental manusia secara ilmiah.