JUMAAT, 12 MEI - Dua pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) 鶹Ƶ (UMS) cemerlang dalam kejohanan lumba basikal Bundu MTB Race 2017 yang berlangsung di Kuala Penyu, baru-baru ini.
Pensyarah Program Sains Sukan, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin muncul johan dalam kategori veteran lelaki apabila mencatatkan masa 1 jam 17 minit 26 saat bagi kayuhan sejauh 36 kilometer merentasi jalan raya, tepi laut dan laluan hutan yang berbukit bukau.
Seorang lagi pensyarah Sains Sukan, Stephanie Chok turut mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan mengungguli tempat kedua bagi kategori Wanita Terbuka.
Kejohanan tersebut menyaksikan lebih 300 peserta termasuk dari Sarawak dan Brunei Darussalam di dalam sembilan kategori yang dipertandingkan iaitu Men Junior, Men Elite, Men Master A , Men Master B, Men Veteran , Men Otai, Women Junior, Women Open dan Fat Bike.
Johan bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM500 beserta pingat, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing mendapat wang tunai RM300 dan RM200.
Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd Dun.
Sumber: Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, FPP



KHAMIS, 11 MEI - Jabatan hal Ehwal Pelajar 鶹Ƶ (UMS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian UMS telah menganjurakn satu bengkel fotografi dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) baru-baru ini.
KHAMIS, 11 MEI - Sumber kewangan merupakan motivasi penting dalam memastikan para pelajar pascasiswazah khasnya menyelesaikan pengajian mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan.
SELASA, 9 MEI - Perpustakaan 鶹Ƶ (UMS) hari ini menganjurkan ‘Talk on Depression and Anxiety’ dengan penyertaan kira-kira 50 peserta di 1Megalab UMS.
SELASA, 9 MEI - Lebih 200 pelajar 鶹Ƶ (UMS) menyertai Workshop On Business Ethics-Repsol yang dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama REPSOL Oil & Gas Limited Malaysia, di Galeri, Bangunan Canselori, pagi tadi.