JUMAAT, 21 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) dan P.S Yap, Isma & Associates menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA) bagi mengukuhkan lagi kerjasama, koordinasi dan perkongsian maklumat khususnya dalam bidang akademik dan latihan industri berasaskan kampus.
Bertempat di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, UMS diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah, manakala Rakan Kongsi Kanan, Dato’ Yap Pian Seen pula mewakili firma akauntan yang bertauliah di bawah Institut Akauntan Malaysia (MIA) itu.
Majlis menandatangani memorandum berkenaan disaksikan Pendaftar UMS, No’man Datuk Haji Ahmad dan Penasihat Perniagaan P.S. Yap, Isma & Associates, Haji Md Kasim Haji Harun.
Datuk Harun ketika ditemui media kemudiannya memaklumkan, MoA itu merangkumi beberapa bidang kerjasama meliputi aspek akademik serta latihan industri pelajar dan pensyarah perakaunan.
“Kerjasama ini dilihat amat penting dan boleh meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa sekali gus menepati sasaran MIA yang mensyaratkan pensyarah perakaunan mempunyai pengalaman industri sekurang-kurangnya 12 bulan.
“Kita juga akan bekerjasama dalam menganjurkan latihan, seminar, bengkel atau persidangan serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan,” tambah beliau.
Untuk rekod, UMS dan P.S. Yap, Isma & Associates telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 19 Mei 2015, dan mula beroperasi pada tarikh yang sama di kampus UMS dengan pembukaan pejabat yang dinamakan “Business Solutions @ UMS” di Aras 1, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP).
Hadir sama Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.



KHAMIS, 20 APRIL - Program Dekat Di Hati Kami (DETIK) anjuran Kelab Psikologi Industri dan Organisasi 鶹Ƶ (UMS) mampu memberi bimbingan kepada pelajar sekolah dalam membentuk ciri-ciri kepemimpinan pelajar.
KHAMIS, 20 APRIL – Exco Sukan dan Rekreasi, Majlis Ketua-ketua Blok (MKKB) Kolej Kediaman E 鶹Ƶ (UMS) telah menjayakan Program Sukan Inter Blok siri 2.0 baru-baru ini.
RABU, 19 APRIL - Seramai 53 pelajar sekolah menyertai Program Pemantapan Jati Diri anjuran Kolej Kediaman Sri Angkasa, 鶹Ƶ (UMS) di Kem Pinawantai, Kudat baru-baru ini.
RABU, 19 APRIL - Seramai tiga pelajar Pusat Pengajian Pascasiswazah 鶹Ƶ (UMS) akan mewakili UMS ke Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2017 peringkat kebangsaan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 18 Mei depan.