ISNIN, 10 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) terus berusaha membantu masyarakat dalam meningkatkan taraf hidup.
Terbaharu, UMS telah membantu penduduk Kampung Tudan, Tuaran menghasilkan produk Mulberry Tea.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof berkata, produk itu masih belum pernah dibangunkan oleh mana-mana pihak di Sabah.
“Saya percaya Mulberry Tea ini mampu menjadi produk yang terkenal di negeri ini pada masa hadapan memandangkan kualitinya yang setanding dengan teh-teh lain yang ada di pasaran.
"Kita kini masih dalam proses mencari rakan industri untuk membantu memasarkan produk ini secara meluas,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran produk berkenaan.
Prof. Dr. Shahril berkata, UMS telah memperoleh Geran KTP (Knowledge Transfer Program) berjumlah RM167,690 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menyempurnakan projek komuniti itu.
“Setakat ini, tanaman ini telah menyumbang sebanyak 20-30 peratus pendapatan penduduk kampung terbabit,” katanya lagi.
Hadir sama pada pelancaran itu, Ketua Projek Tanaman Mulberry Tea, Dr. Fiffy Hanisdah Saikim dan Ketua Kampung Tudan, Golonius Gibin.



ISNIN, 10 APRIL – Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), 鶹Ƶ (UMS) melalui Unit Penyelidikan Warisan Borneo berjaya menganjurkan Kolokium Warisan Perubatan Pelbagai Budaya di Malaysia bertempat di Theattrette Ahmad Nisfu, FKSW baru-baru ini.
JUMAAT, 7 APRIL – Seramai 31 pelajar antarabangsa bakal menyambung pengajian mereka di 鶹Ƶ (UMS) melalui sesi pendaftaran Program Persediaan Intensif Inggeris (IEPP) yang berlangsung kelmarin.
JUMAAT, 7 APRIL - Seramai 90 peserta menghadiri Persidangan Serantau mengenai Kelestarian Kampus kali ke-4 2017 (4RCCS2017) yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan EcoCampus 鶹Ƶ (UMS), hari ini.
RABU, 5 APRIL – Kontinjen Twin Tower sedia menggalas cabaran untuk mengungguli Kejohanan Sukan Staf 鶹Ƶ (UMS) Ke-16 yang akan berlangsung pada 7 dan 8 April ini.