SELASA, 27 MAC – Sambutan Hari Perhutanan Sedunia 2017 anjuran bersama Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) dan Pusat Pengurusan EcoCampus 鶹Ƶ (UMS) mampu menggalakkan pelajar sekolah dan universiti untuk bergiat dalam aktiviti penanaman pokok dan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan hutan.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, program sedemikian dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk semua pihak terus bekerjasama ke arah memastikan pemuliharaan yang berterusan terhadap hutan-hutan yang masih wujud di Malaysia.
“Sehubungan itu, kita perlu terus hijaukan alam sekeliling kita dengan memperbanyakkan penanaman pokok dan lebih penting menjaga pokok-pokok untuk kita semua dan juga untuk generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan sambutan tersebut di Foyer Kompleks Perhutanan, FSSA pagi tadi.
Menurut beliau, program ini juga mendorong semua pihak untuk mengenal pasti kepentingan hutan dan peranan yang dimainkan dalam industri komersial, memberikan sumber alam yang dapat digunakan secara lestari dan pada masa yang sama menyelamatkan biologi kepelbagaian serta mengurangkan kesan perubahan iklim yang hangat diperkatakan pada hari ini.
Sejumlah 150 pokok sungkai ditanam di sekitar kawasan bangunan Kompleks Perhutanan FSSA bersempena dengan sambutan tersebut.
Turut hadir pada acara itu Dekan FSSA, Prof. Dr. Baba Musta, Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus, Prof. Madya Dr. How Siew Eng dan pengarah program, Dr. Seiko Ioki.



SELASA, 28 MAC - Satu Memorandum Perjanjian (MoA) ditandatangani 鶹Ƶ (UMS) hari ini bersama Biosain Technologies Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek penyelidikan bagi memajukan sistem pemurnian minyak.
ISNIN, 27 MAC - Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) 鶹Ƶ (UMS) telah melaksanakan aktiviti Tanggung Jawab Sosial Korporat (CSR) di Kg. Sayap, Kota Belud yang berpotensi untuk pembangunan ekopelancongan.
ISNIN, 27 MAC - Exco Perhubungan Korporat Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman E, 鶹Ƶ (UMS) berjaya menganjurkan Kursus Etika dan Protokol di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 baru-baru ini.
JUMAAT, 24 MAC – Pensyarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) 鶹Ƶ (UMS), Azlinah Matawali cemerlang pada International Conference on Natural Products 2017 apabila berjaya menggondol anugerah Best Presenter Award pada persidangan peringkat antarabangsa tersebut di Swiss Garden Beach Resort, Perak baru-baru ini.