鶹Ƶ

SELASA, 8 NOVEMBER - Seramai 41 peserta telah menjayakan Newton Ungku-Omar Early Career Researcher Workshop on Oil Palm Sustainability yang diadakan di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) 鶹Ƶ (UMS), baru-baru ini.

Bengkel dengan kerjasama South East Asia Rainforest Research Partnership (SEARRP), University of Oxford dan Lancaster University tersebut bertujuan mendorong kerjasama antara penyelidik muda dengan pelbagai agensi berkaitan industri kelapa sawit.

Menurut Pengarah IBTP, Prof. Dr. Charles S. Vairappan, bengkel tersebut antara lain memberi peluang perbincangan berkenaan kemampanan industri minyak kelapa sawit dan pembentangan kertas kerja berkenaan produk-produk hasil kelapa sawit.

“Melalui bengkel ini, kita dapat mengenal pasti dan membincangkan sebanyak 25 soalan penting berkenaan industri kelapa sawit, termasuklah kos dan polisi,” jelasnya.

Bengkel selama dua hari itu mengumpulkan para penyelidik dan pelajar ijazah sarjana daripada pelbagai universiti, insititut penyelidikan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara universiti yang terlibat adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Putra Malaysia (UPM), Monash University dan Nottingham University (Malaysia).

Sebagai rekod, bengkel tersebut ditaja oleh British Council, Akademi Sains Malaysai dan Newton-Ungku Omar Funds.

ISNIN, 7 NOVEMBER - Nurul Ayunni muncul juara bagi kategori terbuka kejohanan UMS 10-Pin Bowling Knockout Challenge anjuran Kelab Boling 鶹Ƶ (UMS) di CPS Bowl, Centre Point Sabah, semalam.

Beliau berjaya mengutip 268 jatuhan pin sekali gus mengetepikan pesaing terdekat Mohd. Ezze yang meraih sebanyak 219 jatuhan pin untuk berada di tempat kedua.

Tempat ketiga pula jatuh kepada Azami Inal (203 pin), manakala tempat keempat menjadi milik Nurul Alyssa (187 pin).

Bagi kategori wanita, pemenangnya disandang oleh pemain boling harapan UMS,  Kamisah Husin yang mengatasi pemain wanita lain yang bertanding dalam kategori itu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Kelab Boling UMS, Awang Suhaizam Bungso.

Kejohanan sehari sempena Majlis Konvokesyen UMS ke-18 itu disertai 52 pemain boling dari sekitar Kota Kinabalu.

Hadir sama Pengurus kejohanan, Francisca Mosilinus; Timbalan Pengurus 1, Izham Abu Bakar dan Timbalan Pengurus 2, Razaky Mapalabong.

JUMAAT, 4 NOVEMBER – Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah menyempurnakan majlis perasmian serta penyerahan kunci Rumah Imam dan Bilal semalam.

Dalam ucapannya beliau mengharapkan agar rumah itu memudahkan petugas masjid melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap dan berkesan khususnya pada waktu malam dan hujung minggu seperti solat fardhu dan pengajian ilmu.

“Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) kerana sentiasa memantau perkembangan projek yang berjaya disiapkan hanya dalam tempoh lima bulan berbanding jangkaan selama tujuh bulan,” katanya.

Datuk Harun turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bendahari, PIUMS dan kontraktor Mega Urus Enterprise atas penglibatan dalam menjayakan pembinaan rumah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UMS (PIUMS), Dr. Muhamad Suhaimi Taat melahirkan rasa berterima kasih kepada pihak pengurusan UMS sambil menyifatkan rumah itu memberi manfaat besar dan membolehkan kakitangannya nanti mudah menjalankan aktiviti pengimarahan masjid pada bila-bila masa diperlukan.

“Mereka akan bertanggungjawab dalam tugas-tugas sebagai Imam dan Bilal serta memantau aktiviti di masjid yang melibatkan kakitangan dan pelajar UMS serta masyarakat setempat,” katanya.

Untuk rekod, pihak pengurusan UMS telah memperuntukkan sebanyak RM599,430 bagi membina tiga unit rumah yang akan didiami tiga kakitangan PIUMS, iaitu Yusri Sumin, Nazry Petir dan Ainah Ramlan Angusa.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali.

 

 

 

 

 

 

 

 

JUMAAT, 4 NOVEMBER - 鶹Ƶ (UMS) melaksanakan Program Komuniti Sains dan Teknologi baru-baru ini di Sekolah Menengah St Peter Telipok.

Penyelaras Program, Dr Siew Nyet Moi berkata program itu dikelolakan para pelajar Program Pascasiswazah Sarjana Pengurusan Pendidikan Semester tiga, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), UMS.

Katanya, para fasilitator terdiri daripada 17 pelajar sarjana pendidikan dan seorang pelajar daripada program kedoktoran pengkhususan pendidikan sains serta 15 pelajar prasiswazah sains semester lima.

“Kesemua fasilitator ini bertindak sebagai penunjuk cara kepada 50 pelajar tingkatan empat jurusan sains dan sastera di sekolah berkenaan yang telah terlibat secara aktif dalam menjayakan program tersebut,” katanya.

Jelasnya, program yang dilaksanakan sehari di sekolah itu bertujuan memupuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dari aspek kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah serta menyokong pelajar sekolah untuk berfikir tentang masa depan demi kesejahteraan hidup masyarakat sekitarnya.

KHAMIS, 3 NOVEMBER - Hampir  500 kakitangan dan pelajar 鶹Ƶ (UMS) membanjiri Dewan Resital UMS bagi mendengar siri Syarahan Kinabalu 2016 daripada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail.

Berlangsung pagi tadi, syarahan anjuran Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) turut dihadiri  oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin dan Dekan FKSW, Prof. Dr. Ismail Ibrahim.

Dalam syarahannya, Tan Sri Razali berkata, setiap orang perlu mempunyai sifat hormat menghormati yang tinggi dalam kalangan diri masing-masing.

“Kita perlu memahami dan menghormati hidup dalam kepelbagaian termasuk menghormati  golongan minoriti. Saya ingin mengambil contoh negara seperti Jepun yang begitu tinggi sahsiah jati diri terutama dalam mengamalkan budaya seumpama ini.

“Penduduk di Sabah rasanya arif tentang perkara ini kerana masyarakat disini lebih memahami hak-hak asasi manusia,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Profesor UMS, Prof. Dato’ Mohd. Hamdan Haji Adnan.

Foto:  Suzeanywati Gasinin