SELASA, 17 APRIL - Exco Perhubungan Korporat Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman E, 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan program Delegasi Ilmiah ke Selatan Semenanjung Malaysia baru-baru ini.
Menurut Pengarah Program, Siti Irra Shahirah Mohd Yasin, program selama empat hari itu diadakan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
“Program ini merupakan aktiviti tahunan yang memberi manfaat besar kepada pemimpin pelajar di Kolej Kediaman E kerana dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan terutama yang berkaitan sistem pengurusan kolej kediaman di kedua-dua universiti,” katanya dalam satu kenyataan.
Siti Irra berkata, Delegasi Ilmiah kali ini disertai 12 pemimpin kolej iaitu lapan ahli JAKMAS, tiga Majlis Ketua-ketua Blok (MKKB), seorang Majlis Ketua-ketua Kelab (MKKK), dan dua pegawai pengiring iaitu Pengetua Kolej Kediaman E, Dr. Syahruddin Awang Ahmad dan Felo Kolej, Hassan Insi.
“Program ini berkonsepkan perkongsian ilmu yang dijalankan melalui diskusi dua hala antara peserta delegasi bersama pemimpin Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, UTHM dan Kolej Tuanku Canselor, UTM.
“Diskusi ini telah membincangkan tentang cara pengurusan kolej, penginapan pelajar, fasiliti, kebajikan dan keselamatan pelajar di peringkat kolej kediaman,” jelasnya lagi.
Siti Irra berkata, program tersebut banyak memberi maklumat serta idea penambahbaikan yang perlu dilakukan pada masa hadapan.
“Program ini juga dianggap sebagai medium yang memupuk hubungan baik antara ketiga-tiga universiti ini. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan, program yang bermanfaat seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang supaya penambahbaikan dalam pengurusan kolej kediaman dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: Mohd. Hilmey Saili, Felo Kolej Kediaman E



ISNIN, 17 APRIL - Sekretariat Gerakan Pengguna Siswa 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini mengadakan Kembara Komuniti Pengguna di Kampung Logpond, Weston.
KHAMIS, 13 APRIL - Seramai 50 warga Kolej Kediaman Sri Angkasa, 鶹Ƶ (UMS) mengadakan pendakian tanpa sampah (Hiking, Zero Waste) di Bukit Botak, Sepanggar baru-baru ini.
KHAMIS, 13 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) dan Institut Teknologi, Kolej Fukushima, Jepun menandatangani satu Surat Niat (LoI) baru-baru ini bagi mengukuhkan lagi kerjasama, koordinasi dan perkongsian maklumat di dalam bidang kelestarian.
KHAMIS, 13 APRIL - 鶹Ƶ (UMS) menerima 200 basikal elektrik daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di bawah program Sikal Elektrik Rakyat 1 Malaysia (SER1M).