- Jumlah paparan: 1296
NDRC anjur Program Pendidikan Awam Bencana Alam di Kampung Melangkap, Kota Belud
Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), 鶹Ƶ (UMS) akan menganjurkan Program Pendidikan Awam Bencana Alam (PPABA) bersama komuniti pada 19 Ogos ini Dewan Serbaguna Kampung Melangkap Baru, Kota Belud.
Program tersebut diadakan bermula pukul 8.00 pagi dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Belud, Jabatan Mineral dan Geologi Sabah (JMG), Pejabat Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Penganjuran program turut mendapat tajaan Yayasan TM, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, Gui Brothers Trading dan Nabalu Trading Sdn. Bhd.
Menurut Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus, pelbagai aktiviti diadakan termasuklah pameran poster Kajian Bencana Alam UMS, serta Latihan Kecemasan Banjir, Kebakaran dan Gempa Bumi kepada komuniti.
“Bagi aktiviti ini, ia akan diketuai oleh Pensyarah Kanan (FSSA), Dr. Hardianshah Salleh dan Prof. Madya Ts. Dr. Ejria Saleh dari Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) sebagai moderator sepanjang program tersebut.
“Beberapa ceramah pendidikan turut disampaikan oleh pakar-pakar dari luar dan dalam UMS merangkumi tajuk Pengurangan Risiko Bencana Alam, Cuaca Ekstrem, Banjir dan Aliran Puing, Tanah Runtuh, Gempa Bumi, dan ceramah Pengurusan Bencana Negara.
“Antara penceramah jemputan termasuklah Profesor Kehormat Prof. Dr. Felix Tongkul, Dr. Chai Mui Fat, Dr. Janice Lynn Ayog, Dr. Frederick F. Tating, Ts. Dr. Noor Sheena Herayani Harith, dan Muhammad Fauzie Ismail,” jelas Carolyn dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Carolyn berharap agar kerjasama tersebut menjadi satu platform untuk mengeratkan lagi hubungan antara NDRC dengan komuniti, agar bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan langkah pencegahan dan persiapan semasa menghadapi bencana alam.
NDRC mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh komuniti, pemegang taruh (stakeholders), badan-badan profesional, pihak swasta, industri dan semua agensi serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut serta bagi memeriahkan program tersebut.



Penerbit 鶹Ƶ (PUMS) menganjurkan Program Bicara Buku dan Bengkel ‘Scholarly Book Publishing & Scopus Journal’ sempena Pesta Buku Brunei (PBB) 2023, yang berakhir pada Selasa.
Penganjuran 1st International Borneo One Health Summer Camp (IB OHSem) oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini mampu meningkatkan tahap kompetensi bakal graduannya.
Serunding Kobis 鶹Ƶ (UMS) merangkul Anugerah Reruai Agensi NGO kategori Reruai Inovatif pada Persidangan Komuniti Pertanian Kebangsaan (PKPK) 2023 yang diadakan di Serdang, baru-baru ini.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Komputeran Informatik (FKI) 鶹Ƶ (UMS) telah melaksanakan program Borneo Hackathon 2023 di U-Science, Bangunan Perpustakaan UMS baru-baru ini.