Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), 鶹Ƶ (UMS) telah meluncurkan siri jerayawara melalui Program Sejahtera Masyarakat Melalui Pendidikan Profesional (PROSPEK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan-Pinggan, Pitas, baru-baru ini.
Profesor Dr. Mohammad Saffree Jeffree yang menjalankan fungsi Dekan FPSK ketika mewakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Hj. Mansor berkata, PROSPEK bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dari kawasan luar bandar untuk melanjutkan pengajian.
“Program yang bersifat Community Social Responsibility (CSR) ini dapat memberikan akses kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan sains kesihatan di UMS.
“Pelaksanaan PROSPEK FPSK UMS melibatkan empat fasa utama, iaitu fasa jerayawara yang melibatkan aktiviti perkongsian maklumat mengenai PROSPEK sebelum masuk ke fasa pemilihan pelajar melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
“Fasa ketiga ialah fasa bimbingan melibatkan aktiviti pemantauan prestasi pelajar seperti program mentor mentee, kem kecemerlangan dan motivasi,” katanya.
Menurutnya, fasa terakhir ialah fasa pendaftaran yang melibatkan bantuan untuk mendaftarkan pelajar terpilih melanjutkan pengajian di peringkat asasi sains di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS.
“Diharapkan program ini bakal memberi manfaat kepada masyarakat Sabah sejajar dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) tahun 2021-2025 melalui agenda Pemerkasaaan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.
“Fasa jerayawara PROSPEK seterusnya akan diadakan di daerah Kota Marudu, Kudat dan Kota Belud.
“Semua daerah di Zon Utara Sabah tersebut merupakan pilot project dan ambilan kohort pertama PROSPEK FPSK UMS,” ujar beliau.
Antara pengisian sepanjang program tersebut berlangsung adalah taklimat program asasi sains, pameran pendidikan dari U-Science dan juga FPSK, serta lawatan ke bilik Sains Teknologi Maklumat (STEM), SMK Pinggan-Pinggan.
Lebih 300 pelajar termasuk ibu bapa dan guru-guru telah hadir ke program tersebut yang melibatkan empat buah sekolah menengah aliran sains di daerah Pitas.
Hadir sama wakil Pengetua SMK Pinggan-Pinggan, Adziah Zaman dan wakil pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pitas, Nurmaziah Maikal Abdulllah.



鶹Ƶ (UMS) dan Kolej Universiti AMC telah memeterai satu hasrat kerjasama bagi memperkukuhkan kemajuan akademik antara kedua-dua institusi tersebut.
鶹Ƶ (UMS) telah memeterai Perjanjian Hasrat Kerjasama (LoI) bersama tiga buah universiti di Mindanao, Filipina bagi memperkukuh jalinan kolaborasi pendidikan tinggi di rantau ini.
鶹Ƶ (UMS) menerusi Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), terus menggiatkan aktiviti memberikan pendidikan awam berkaitan bencana alam kepada masyarakat setempat di Sabah.
Hospital 鶹Ƶ (HUMS) melalui pasukan CERAH (Cancer Empowerment, OutReach & Awareness HUMS) telah menjalinkan kolaborasi dalam menjayakan program Saringan Kanser Payudara di Pulau Gaya, Sabah, baru-baru ini.