Hospital 鶹Ƶ (HUMS) menyediakan perkhidmatan klinik bergerak menerusi Program KRIS (KPT Prihatin Madani) di SMK Pekan II, Kota Belud baru-baru ini.
Menurut Ketua Pasukan Perubatan, Dr. Rishaini Elengovan, program tersebut memfokuskan jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada masyarakat di luar bandar.
“Seramai 35 kakitangan daripada HUMS telah menjadi sukarelawan, terdiri daripada Pegawai Perubatan Pakar, Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi dan Jururawat bekerjasama sebagai sebuah kumpulan untuk menjayakan program ini.
“Antara skop perkhidmatan kesihatan dan perubatan percuma yang disediakan oleh HUMS ialah saringan, pemeriksaan asas kesihatan, perawatan kesihatan dan kebersihatan diri.
“Kami juga menyediakan konsultasi daripada pakar kesihatan pegawai perubatan dan pemberian ubat-ubatan secara percuma turut diberikan kepada pelajar,” katanya.
Menurutnya lagi, pelajar juga boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara pemakanan yang baik bersama sukarelawan yang terlibat.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Mohammad Yusof Apdal.
Untuk rekod, program ini telah disertai oleh seramai 250 pelajar dan penduduk sekitarnya.



Hospital 鶹Ƶ (HUMS) melalui Program KRIS (Kementerian Pengajian Tinggi Prihatin Madani) menganjurkan program kesihatan di Kampung Rundum, Tenom, baru-baru ini.
Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), 鶹Ƶ (UMS), mengadakan lawatan industri di National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH) Bangi dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) 鶹Ƶ (UMS) meluaskan kerjasama luar negara dengan menandatangani Surat Niat (LoI) bersama Fakultas Ekonomi (FE), Universitas Borneo Tarakan (UBT), baru-baru ini.
Pelajar Perhubungan Awam, Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), 鶹Ƶ (UMS) melaksanakan Projek Miracle on FSSK di sini, baru-baru ini.