- Jumlah paparan: 593
Seminar SKETMA Ke-15 Platform Memangkin Budaya Inovasi, Aplikasi IR 4.0 Kakitangan Pengurusan Makmal
Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) ke-15 yang dianjurkan di 鶹Ƶ (UMS) mampu menjadi pemangkin budaya kerja inovasi dan aplikasi kepada Revolusi Industri (IR) 4.0 dalam kalangan komuniti kakitangan pengurusan makmal di Universiti Awam (UA) seluruh Malaysia.
Menurut Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, seminar yang mengangkat tema “Inovasi dan Revolusi Industri (IR) 4.0 Pemangkin Budaya Kerja Kakitangan Makmal” menghimpunkan kakitangan pengurusan makmal di pelbagai UA untuk membincangkan serta bertukar idea berkaitan tema seminar.
“Objektif seminar ini adalah untuk menyerlahkan potensi diri kakitangan dari segi kompetensi dan pengalaman dalam mewujudkan pangkalan data teknologi makmal terkini.
“Aplikasi IR 4.0 sangat relevan dengan keperluan semasa pengurusan dan operasi makmal yang memerlukan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaannya.
“Ini juga dapat meningkatkan mutu dan kecekapan perkhidmatan makmal, sama ada dalam penyelidikan atau pengajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar tersebut di Auditorium Sekafi, Galeri Azman Hashim UMS, pagi tadi.
Luqman menambah, perkongsian seminar yang berlangsung selama tiga hari ini dapat membantu kumpulan pegawai sains meningkatkan inovasi dalam pengurusan makmal di UA agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Diharap semua peserta seminar dapat kembali ke universiti masing-masing dan membawa cadangan inovasi yang lebih baik untuk dilaksanakan di universiti masing-masing.
“Harapan juga agar penganjuran seminar pada kali ini dapat mencapai objektif dan berterusan untuk mewujudkan jalinan kerjasama dikalangan kakitangan makmal Universiti Awam di seluruh Malaysia,” ujar beliau.
Lebih 50 orang peserta kakitangan pengurusan makmal dari pelbagai UA menyertai seminar tersebut, antaranya peserta dari UMS, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
Turut hadir, Ketua Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) UMS, Kamisah Husin; Timbalan Ketua Pegawai Sains Kanan di Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS, Motinius Guntalib; Timbalan Ketua Pegawai Sains Kanan di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan UMS, Ahmad Sudin; dan Presiden Majlis Gabungan Penolong Pegawai Sains, Abdul Latip Haji Dris.



Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah meluangkan masa menziarahi Saudari Dayangku Siti Mashitah Awangku Sulaiman, mahasiswa 鶹Ƶ (UMS) yang sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I di sini siang tadi.
Fakulti Pertanian Lestari (FPL), 鶹Ƶ (UMS) kampus Sandakan telah mengadakan perkongsian ilmu ternakan lebah kelulut dan khasiat madu kepada Ahli Jemaah Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan, baru-baru ini.
Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Zon Sabah telah membuka tirainya kelmarin dengan penuh gilang gemilang.
鶹Ƶ (UMS) telah menerima kunjungan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Pusat Hal Ehwal Korporat dan Kualiti (PHKK), Universiti Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), baru-baru ini.