Seminar penyelidikan anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini mampu memberi manfaat dalam memperkukuh perkembangan bidang akademik.
Menurut Pengarah Pusat Perakaunan FPEP, Jainurin Justine, seminar itu juga memberikan peluang kepada kakitangan akademik UMS dalam bidang perakaunan untuk membentangkan hasil penyelidikan akademik.
“Selain peserta dari UMS, penyertaan seminar ini juga melibatkan beberapa institusi pengajian tinggi tempatan antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor; Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); University College Sabah 鶹Ƶ (UCSF) dan Universitas Andalas Indonesia.
“Sebanyak 16 kertas kerja telah dibentangkan oleh kakitangan dan pelajar sarjana FPEP dan universiti-universiti tempatan yang terlibat.
“Para peserta juga dapat mengambil kesempatan untuk bertukar idea dan pandangan dalam bidang penyelidikan khususnya bidang perakaunan,” katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan seminar tersebut.
Beliau turut berharap agar seminar itu menjadi medium dalam penyampaian ilmu yang bermanfaat khususnya dalam bidang akademik dan masyarakat luar.
Seminar kali ketujuh yang diadakan sejak tahun 2017 itu disertai seramai 28 peserta dan dijalankan secara hibrid melalui aplikasi Cisco Webex, dan fizikal bertempat di Smart Class Room, FPEP.



鶹Ƶ (UMS) Press wraps up a Summer Camp with Wuyi University, China delegation by organizing the Summer Camp: UMS Colloquium on Artificial Intelligence (Research and Publication) recently.
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), 鶹Ƶ (UMS) telah menganjurkan Kongres Antarabangsa Fisiologi baru-baru ini sebagai lensa unik untuk memahami isu berkaitan penyakit berjangkit.
鶹Ƶ (UMS) menjalinkan kolaborasi bersama Universiti Nagasaki, Jepun bagi penganjuran Nagasaki University 1st Joint Symposium on Planetary Health di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), baru-baru ini.
Fakulti Kejuruteraan (FKJ), 鶹Ƶ (UMS), meraikan kakitangannya yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan melalui penganjuran Majlis Aspirasi Fakulti Kejuruteraan 2023 (MAF2023) baru-baru ini.