鶹Ƶ

鶹Ƶ (UMS) akan sentiasa mendukung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) termasuk agenda yang digariskan pada lonjakan ketujuh iaitu Ekosistem Inovasi.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, ekosistem inovasi hakikatnya memerlukan perkongsian kolaboratif antara ahli akademik, industri, kerajaan dan komuniti.

“Hanya melalui perkongsian kolaboratif sedemikian, pecutan idea ke dalam pengkomersialan dapat direalisasikan sekali gus meningkatkan hasil pendapatan dan kesejahteraan hidup rakyat.

‘Sesungguhnya, UMS akan sentiasa mendukung matlamat itu untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sustainable Development Goals (SDG) Leadership Kohot 2 anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama UMS di sini, hari ini.

Menurut Dr. Kasim, UMS juga sentiasa menggalakkan para pensyarahnya agar terus terlibat dengan komuniti di luar kampus.

Ujarnya, menerusi slogan “Leading Towards Innovative Societies”, UMS komited dalam memastikan agar keberadaannya di Sabah membantu pembangunan negeri itu yang mana kawasan luar bandarnya sangat luas dengan keadaan prasarana jalan raya yang sungguh mencabar.

“Ini ditambah pula dengan kecapaian teknologi komunikasi dan digitalisasi yang masih terbatas di kawasan pinggir-pinggir bandar dan pekan sahaja.

“Justeru, UMS baru-baru ini telah melancarkan pewujudan Living Lab atau Makmal Hidupan sebagai fasiliti penyelidikan dan pusat pemindahan ilmu secara langsung dengan komuniti sasaran.

“Living Lab ini adalah hasil daripada cetusan model kolaboratif merentas entiti yakni akademia universiti, rakan kongsi industri, agensi kerajaan dan masyarakat yang berfungsi sebagai sokongan utama untuk pembangunan dan penubuhan makmal hidupan,” jelas Dr Kasim.

Beliau menambah, menerusi model itu rakan industri memanfaatkan keupayaan akademik untuk menyokong keperluan mereka dalam menghasilkan produk yang lebih inovatif dan berdaya saing.

“Pihak kerajaan pula adalah kunci dalam menyediakan sokongan dan dasar dalam mentadbir pelaksanaan kemahiran dan produk inovatif kepada masyarakat melalui Living Lab ini.

“Misi UMS adalah untuk memastikan Living Lab ini dapat menjadi inspirasi kepada universiti lain dalam mencipta inovasi yang bermanfaat kepada masyarakat dan industri sekali gus menjadi peneraju kepada masyarakat berinovatif, atau Leading Towards Innovative Societies,” katanya.

Menyentuh mengenai program SDG Leadership ini, Dr Kasim berkata, para peserta akan didedahkan dengan keunikan yang membawa kepada kejayaan dan kelestarian beberapa komuniti di luar bandar.

Ujarnya, para peserta akan dapat mendengar dan melihat sendiri bagaimana usaha yang telah dijalankan oleh komuniti-komuniti itu dapat merubah keadaan hidup mereka.

“Pada masa yang sama juga, berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman yang para peserta ada, saya percaya akan berlaku perkongsian ilmu secara langsung yang boleh meningkatkan lagi kemandirian komuniti dalam memperkembangkan lagi kelestarian projek-projek sosioekonomi yang sedang mereka laksanakan.

“Saya percaya, menerusi program-program latihan dan kepimpinan yang diperkenalkan oleh AKEPT seperti ini akan mampu menjadikan warga akademia sama ada di universiti awam mahupun swasta lebih mengenali keunikan komuniti, sekali gus mencipta idea untuk kemudiannya digubah menjadi inovasi yang memanfaatkan,” kata Dr. Kasim.

Hadir sama, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat merangkap Penasihat Program, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut@Mohd Nasri; Ketua Program, Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy; dan Timbalan Ketua Program, Dr. Jakaria Dasan.

Program yang berlangsung selama lima hari sehingga 26 Mei 2023 itu disertai seramai 45 peserta daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Antara penceramah jemputan termasuklah Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Prof. Dr. Mansor Abu Talib, Prof. Dr. Haslan Abu Hassan, Prof. Dr. Jennifer Chan, OKK Haji Abdul Kadir Haji Damsal dan Dr. Elia Godoong.

Penganjurannya antara lain sebagai salah satu usaha AKEPT membina kemahiran dan meningkatkan kepimpinan ahli akademik melaksanakan libatsama masyarakat.

鶹Ƶ (UMS) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi jalinan kerjasama strategik Program Technology and Innovation Support Center (TISC).

Pertukaran dokumen MoU berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif UMS di sini, yang menyaksikan universiti itu diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, manakala MyIPO diwakili Timbalan Ketua Pengarahnya, Kamal Kormin.

Ia turut disaksikan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan wakil daripada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), Ye Min Than.

Pembaharuan MoU itu antara lain bertujuan merangsang budaya inovasi dan perkembangan ekonomi di Malaysia dengan menyediakan fasiliti serta akses maklumat teknologi.

Ia juga bagi memperkukuhkan kapasiti ahli TISC dalam menggunakan dan mengaplikasikan maklumat serta pengetahuan teknologi.

Untuk rekod, UMS sebelum ini menandatangani MoU dengan MyIPO pada tahun 2016 bersama tujuh buah universiti tempatan dan sebuah institusi penyelidikan.

Sehingga kini, lebih 16 institusi mengadakan MoU bagi program TISC.

Antara objektif rangkaian TISC termasuklah menawarkan khidmat carian pangkalan data paten serta sumber maklumat teknikal lain melalui bantuan langsung secara peribadi serta mengenal pasti isu teknikal berkaitan topik perusahaan dan penyelidikan.

Selain itu, ia juga bagi memberikan maklumat state-of-the-art dalam pelbagai bidang teknologi di samping mengambil bahagian dalam aktiviti kesedaran berkaitan hak harta industri, khususnya berkenaan paten serta mengenal pasti peluang-peluang pemindahan teknologi.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) UMS, Prof. Madya Dr. Jidon @ Adrian Janaun; wakil WIPO, Steve Chaves; Penolong Ketua Pengarah MyIPO; Yusnieza Syarmila Yusoff; Pengarah Kanan MyIPO, Razhuan Hussin; dan Pengarah MyIPO Cawangan Sabah, Asmah Khalid.

鶹Ƶ (UMS) berhasrat untuk mengadakan kolaborasi bersama Alliance Manchester Business School (AMBS), University of Manchester, England khususnya dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor ketika mengetuai delegasi UMS mengadakan pertemuan bersama pihak AMBS baru-baru ini.

Lawatan delegasi UMS disambut oleh Dekan AMBS, Profesor Dr. Kenneth McPhail yang merupakan profesor dalam bidang perakaunan.

Kasim yang juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Sabah memaklumkan, dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak membincangkan peluang kerjasama penyelidikan dan akademik dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Beliau turut menekankan potensi penyelidikan di negeri Sabah yang mempunyai kepelbagaian sumber semula jadi terutamanya keselamatan makanan, biodiversiti, seni budaya dan pelancongan serta minyak dan gas.

“Sumber-sumber ini menjadi tonggak ekonomi negara dan asas kepada penyelidikan berfokus untuk kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Antara topik perbincangan khusus dalam pertemuan tersebut adalah pertukaran kepakaran dalam ekonomi dan perniagaan serta kaedah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau Open Distance Learning.

Program lawatan itu disusuli dengan sesi perkongsian antara Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dengan para pelajar dari Malaysia dan Indonesia yang mengikuti program Doktor Falsafah di University of Manchester.

Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi berkaitan peluang kerjaya sebagai ahli penyelidik dan akademik di UMS serta tips untuk menjalani pengajian dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu mencapai Graduate on Time.

Pertemuan tersebut diadakan sebagai mengambil peluang sempena lawatan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin yang juga merupakan Canselor UMS ke London, United Kingdom baru-baru ini.

Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan satu Bengkel Persediaan bagi Menghadapi Bahaya Gempa Bumi kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Tongou, Ranau baru-baru ini.

Ceramah persediaan dan latihan kecemasan bahaya gempa bumi yang diadakan bersempena dengan Program Minggu Anak yang Baik Lagi Cerdik (ABC) di sekolah tersebut disampaikan oleh Profesor Kehormat, FSSA yang juga Felo Penyelidik NDRC, Prof. Dr. Felix Tongkul.

Menurut Felix, salah satu objektif utama program tersebut dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid sekolah berkaitan dengan sains gempa bumi sebagai asas persediaan dan panduan keselamatan menghadapi bencana tersebut.

“Melalui bengkel ini juga dapat membantu melatih guru di setiap sekolah yang terlibat sebagai guru fasilitator gempa bumi bagi membimbing murid-murid di sekolah masing-masing.

“Latihan ini perlu dilakukan secara berulang-ulang agar murid-murid dan juga guru-guru sentiasa bersedia dan tahu bertindak sekiranya berlaku gempa bumi tanpa mengira berapa magnitud di masa akan datang, sikap berjaga-jaga dan tidak leka adalah lebih penting”, katanya.

Dalam pada itu, Pengarah NDRC, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus memaklumkan bahawa program pendidikan dan pemindahan ilmu mengenai bencana alam seumpama ini merupakan antara tujuan utama penubuhan NDRC kepada komuniti setempat agar lebih memahami serta lebih bersedia menghadapi bencana alam di masa hadapan.

Carolyn menambah, bengkel seumpama dijalankan oleh pihak NDRC sejak tahun 2018 lagi untuk sekolah-sekolah di daerah Ranau dan Lahad Datu melalui Projek Pendidikan Gempa Bumi untuk Murid Sekolah di Sabah, dengan pembiayaan daripada UNICEF Malaysia dan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Namun program ini terhenti semasa negara mengalami pandemik COVID-19, dan pada tahun 2023 ini iaitu selepas pasca pandemik COVID-19 , SK.Tongou merupakan sekolah pertama di Sabah yang memulakan semula inisiatif untuk menjemput NDRC untuk memberikan ceramah latihan persediaan gempa bumi di sekolah mereka.

“Syabas kepada SK Tongou atas penganjuran program ini dan bagi pihak NDRC, kami sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama berkaitan pendidikan dan kesedaran mengenai bencana alam,” kata Carolyn.

Beliau turut menyatakan harapan agar lebih banyak sekolah yang akan terlibat terutamanya di daerah Ranau dan Lahad Datu untuk menjadikan latihan persediaan gempa bumi ini sebagai latihan berkala di sekolah masing-masing memandangkan dua daerah ini merupakan daerah yang berisiko menghadapi bahaya gempa bumi di Sabah.

“NDRC sedia membantu sekiranya terdapat sekolah memerlukan bantuan kepakaran dan latihan persediaan gempa bumi ini pada masa akan datang,” ujar beliau.

Bengkel berkenaan turut dijayakan oleh fasilitator-fasilitator gempa bumi NDRC dan guru-guru SK Tongou, serta dihadiri seramai 69 orang murid, 25 guru dan kakitangan sekolah dan 11 orang ibu bapa.

Hadir sama dalam bengkel tersebut Guru Besar SK Tongou, Ranau, Mohd. Hafiz Stephen Abdullah; Penolong Kanan 1 Sekolah, Tan Mui Hiong; Penolong Kanan HEM, Siti Jamariah Datuk Abdullah; dan Guru Penyelaras 3K Kesihatan, Keselamatan, Keceriaan SK. Tongou, Mohd Effendee Ibrahim.

LONDON: 鶹Ƶ (UMS) mengadakan perbincangan penyelidikan bersama Imperial College (IC) di South Kensington di sini, baru-baru ini, sebagai salah satu usaha merealisasikan pembangunan sebuah Hab Inkubasi Penyelidikan dan Inovasi di universiti itu.

Delegasi UMS diketuai Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor manakala IC diwakili Provos Profesor Dr Ian Walmsley.

Menurut Dr. Kasim, negeri Sabah kaya dengan sumber alam semula jadi terutamanya biodiversiti, marin, minyak dan gas yang boleh diubah kepada produk bernilai tinggi melalui penyelidikan dan inovasi.

“Sabah juga berada pada lokasi strategik di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan dikelilingi oleh laut.

“Oleh kerana itu, Sabah mempunyai kekuatan dalam menyediakan sumber dan UMS berperanan sebagai satu-satunya universiti awam di negeri ini sebagai platform untuk penyelidikan bersama dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan, teknologi, perubatan dan perniagaan,” katanya.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah UMS, Samasuddin Yusop; Pendaftar, Luqman Ridha Anwar; Bendahari, Badrul Hisyam Ismail; dan Timbalan Pengarah (Strategik) Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy.

Dalam pada itu, Dr Ian menyambut baik terhadap usaha UMS dalam membangunkan Hab Inkubasi Penyelidikan dan Inovasi.

Beliau turut berkongsi hal ehwal penyelidikan dan pengkomersialan produk di universiti berkenaan.

“IC memacu hasil penyelidikan dan inovasi melalui pembukaan 373 syarikat awalan (start-up company) dan 370 paten dari pelajar dan kakitangan untuk tujuan pengkomersialan produk.

“Ia berjaya dilaksanakan menerusi pewujudan hub inkubasi dan scale space, ruang ciptaan dan hab-hab penyelidikan di dalam kawasan khusus universiti yang dikenali sebagai White City,” jelas Dr Ian.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly memaklumkan pembangunan White City oleh IC ini dilihat selaras dengan usaha UMS yang sedang membangunkan hab inkubasi pengkomersialan produk penyelidikan dan inovasi.

“Untuk rekod, UMS dan IC telah menjalin hubungan baik sebelum ini melalui penyelidikan bersama dalam kalangan penyelidik sejak beberapa tahun yang lalu,” katanya.

Pada pertemuan itu, turut dibincangkan potensi kolaborasi dalam bidang simulasi penyakit berjangkit menerusi teknologi kecerdasan buatan yang dapat mengesan perubahan taburan wabak pada masa sebenar bagi membolehkan mitigasi dilakukan dengan efektif dan pantas.

Selain itu, sebuah perkongsian topik berkaitan ekologi dan penyakit berjangkit di kalangan haiwan-haiwan kecil dalam kawasan Sabah turut disampaikan oleh Penyelidik IC, Profesor Dr Rob Ewars.

Hadir sama, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan Borneo UMS, Prof. Dr. Kamruddin Ahmed dan Profesor Epidemiologi Penyakit Berjangkit IC, Prof. Dr. Azra Gani.