ISNIN, 22 JANUARI – Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman dilantik menjadi Ikon Kemanusiaan dan Keamanan oleh Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) di Dewan Resital, 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini.
Menurut Dekan FKSW, Prof. Dr. Ismail Ibrahim, pelantikan Mizz Nina sebagai ikon kemanusiaan amat bertepatan berdasarkan perjuangan beliau yang berterusan bagi menegakkan hak kemanusiaan di seluruh dunia khsususnya mereka yang dilanda musibah.
“Pelantikan Mizz Nina ini diharap dapat memberi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyertai lebih banyak aktiviti kemanusiaan di luar sana,” katanya ketika ditemui media selepas penyampaian watikah pelantikan tersebut.
Penyampaian watikah telah disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.
Prof. Datuk Dr. D Kamarudin turut melahirkan rasa bangga dengan pelantikan itu sambil menyatakan ia mampu membangkitkan lagi semangat mahasiswa di UMS untuk lebih cenderung mengadakan aktiviti kemasyarakatan.
Turut hadir, Pendaftar UMS, No’man Hj. Ahmad; Bendahari UMS, Zallifah Shadan; dan Ketua Pustakawan UMS, Dg. Rukiah Ag. Amit.



ISNIN, 22 JANUARI - 鶹Ƶ (UMS) tampil menjayakan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pembinaan Rumah Komuniti kepada seorang penduduk kurang berkemampuan di Kampung Pantai Mas, Kota Belud.
JUMAAT, 19 JANUARI – 鶹Ƶ (UMS) melalui agenda Transformasi Universiti 4.0 bakal mengoptimakan penggunaan sumber sedia ada melalui penaiktarafan kemudahan ICT dan pembangunan sistem yang mampu membantu meningkatkan kelestarian kewangan universiti.
RABU, 17 JANUARI - Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli menghadiri program Sesi Ramah Mesra Ahli Parlimen Labuan Bersama Badan Kepimpinan Pelajar 鶹Ƶ, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di Hotel Tiara, baru-baru ini.
SELASA, 16 JANUARI – Sesi Town Hall Siri 1/2018 鶹Ƶ (UMS) yang berlangsung di Galeri Majlis pagi tadi mampu menjadi platform dalam kakitangan mengetengahkan pendapat yang mampu menyumbang kepada aspek memajukan universiti.