JUMAAT, 23 FEBRUARI – Lawatan muhibbah delegasi Universiti Pertanian Bogor (UPB), Indonesia ke Fakulti Pertanian Lestari (FPL) 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini mampu mengeratkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalin sejak tahun 2008.
Delegasi UPB yang diketuai Dr. Siti Suharti bersama-sama ahli akademik lain antaranya Prof Dr. Komang, Prof Dr. Pancar, Prof Dr. Dewi, Prof Dr. Ir Yuli dan Ir. Dwi Margi disambut mesra oleh Dekan FPL, Prof Madya Dr. Saafie Salleh.
Rombongan lawatan yang turut diiringi oleh pensyarah kanan UMS, Dr. Jupikely James Silip dan Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Sabah, Ir. Samto Sula dibawa meninjau fasiliti pengajaran kampus FPL melalui pemandangan di Roof Top Garden, Tingkat Tiga Bangunan Pentadbiran Kampus FPL.
Dalam pada itu, Dr. Saafie menjelaskan UPB merupakan rakan kerjasama FPL sejak sedekad lalu, dengan kedua-dua institusi saling bertukar-tukar ilmu pertanian melalui Persidangan Jaringan Penyelidikan pada tahun 2014 dan beberapa aktiviti penyelidikan bersama.
“FPL dan UPB juga komited untuk terus meningkatkan kerjasama khususnya dalam bidang pertanian bagi manfaat anak bangsa khususnya di rantau nusantara,” ujar beliau.



JUMAAT, 23 FEBRUARI: Program Townhall 鶹Ƶ (UMS) terus mendapat sambutan memberangsangkan daripada kakitangan pelbagai lapisan di universiti itu.
SELASA, 20 FEBRUARI - Kesatuan Kakitangan Am 鶹Ƶ (KEKAUMAS) dicadangkan meneliti kembali perlembagaan kesatuan tersebut agar dapat menjana kewangan untuk digunakan bagi menjaga kebajikan ahlinya.
SELASA, 20 FEBRUARI - Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW), 鶹Ƶ (UMS) melalui Program Mentor Mentee HA18 Geografi mengadakan Kempen Kebersihan di Pekan Tamparuli, baru-baru ini.
SELASA, 13 FEBRUARI - Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan Bengkel Penilaian Silabus untuk Program e-Usahawan dengan bimbingan pihak Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Bangunan Menara UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), baru-baru ini.