KHAMIS, 25 JANUARI - Pembangunan haruslah membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat dan bukannya sekadar bermanfaat kepada segelintir pihak, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Menurut beliau, setiap pembangunan yang dilaksanakan perlu menitikberatkan aspek utama dalam kehidupan yang tidak merosakkan rangkaian sosial, identiti budaya atau alam sekitar.
“Faedah daripada sesuatu pembangunan bukan hanya kepada aspek kewangan semata-mata tetapi merangkumi peningkatan sebenar yang berkepentingan kepada rakyat,” katanya.
Datuk Seri Panglima Masidi berucap demikian ketika merasmikan Persidangan ‘International Borneo Quality of Life’ (BQOL) anjuran 鶹Ƶ (UMS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) kelmarin.
Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri di kementeriannya, Datuk Hj. Kamarlin Hj Ombi.
Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, persidangan BQOL adalah pertama kali dianjurkan di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK).
Menurutnya, ia menyasarkan kepada penambahbaikan kualiti hidup dengan melibatkan peserta dari pelbagai latar belakang.
“Setiap peserta persidangan jelasnya, akan bekerjasama menghasilkan resolusi bagi membantu meningkatkan kualiti kehidupan di rantau ini,” ujarnya dalam teks yang disampaikan Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Marcus Jopony.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian), Dr. Lawrance Mah Hon Kheong; Dekan FPSK, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jefree; dan Pengerusi Persidangan BQOL, Prof. Madya Dr. Helen Benedict Lasimbang.



RABU, 24 JANUARI - 鶹Ƶ (UMS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal berentap dalam lima jenis sukan pada satu kejohanan yang akan berlangsung pada tahun ini.
RABU, 24 JANUARI- Pelbagai lagi bidang kerjasama bakal terjalin antara 鶹Ƶ (UMS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani semalam.
SELASA, 23 JANUARI - Seramai 75 kakitangan akademik dan pentadbiran 鶹Ƶ (UMS) dari 15 skim perjawatan menerima kenaikan atas sumbangan dan komitmen sepanjang perkhidmatan bersama universiti.
ISNIN, 22 JANUARI – Pusat Alumni 鶹Ƶ (UMS) hari ini melancarkan Model Alumni Inspirasiku (AI 1.0) yang bakal menjadi medium perantara bagi alumni UMS untuk saling berhubung dan mengenali serta membantu dalam menjayakan program yang dirancang sepanjang tahun.