鶹Ƶ

SELASA, 31 OKTOBER - 鶹Ƶ (UMS) bakal melaksanakan sistem pengurusan pentadbiran komprehensif bersepadu dan efisien yang merangkumi semua komponen pengurusan pentadbiran bermula tahun depan.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, ia selaras dengan usaha UMS mengorak langkah ke arah Revolusi Industri/Universiti 4.0.

"Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pengurusan organisasi dengan pelaksanaan sistem maklumat yang komprehensif dan berintegrasi.

"Ini sekali gus mampu menjamin integriti data, keseimbangan kewangan, mengurangkan duplikasi kerja, penjimatan masa dan sumber manusia serta kos," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kreanova 2017 di Dewan Resital, UMS hari ini.

Tambah beliau, penganjuran program Konvensyen  Kumpulan Penggerak Inovasi (KPI) sempena bulan Kreanova merupakan platform terbaik untuk warga UMS menyumbang kepada peningkatan budaya kerja cemerlang melalui idea-idea kreatif dan inovatif.

Terdahulu, Pendaftar UMS, No'man Ahmad dalam ucapannya berkata, sebanyak 21 projek KPI telah dipersembahkan untuk empat  kategori iaitu Kategori KIK, Kategori Pengurusan Lean, Kategori EKSA dan kategori DIY (Do It  Yourself) melibatkan kakitangan akademik dan pentadbiran UMS.

"Anggaran penjimatan daripada semua projek KPI yang telah dibentangkan meliputi penjimatan kos sebanyak RM1,806,308.47, penjimatan masa bagi proses yang diinovasikan sebanyak 211 hari, penjimatan penggunaan air yang dirawat sebanyak 132.6 meter padu setahun, pengurangan penggunaan air luar sebanyak 90%, dan penjimatan kos tenaga buruh sebanyak 85%.

"Justeru, adalah wajar pihak pengurusan UMS untuk terus menyokong dan memberikan kerjasama atau bantuan yang terbaik untuk terus membangunkan kumpulan-kumpulan penggerak inovasi ini di masa hadapan, kerana impaknya yang amat signifikan kepada kecemerlangan Universiti," ujar beliau.

Pada majlis itu, turut berlangsung pelancaran pelaksanaan MS ISO 9001:2015 yang disempurnakan oleh Prof. Datuk D Kamarudin.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Ismail Ali, Ketua Pustakawan Dg. Rukiah Ag. Amit, dan Pengarah Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Sabah, Norzirin Ariffin.

SELASA, 31 OKTOBER – Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) 鶹Ƶ (UMS) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini.

Bertempat di Bilik Tetamu VIP PPSKK, lafaz ikrar tersebut disaksikan sendiri oleh Pengarah pusat berkenaan, Prof. Dr. Marcus Jopony.

Tinjauan media mendapati, kakitangan di organisasi itu tampil sama-sama melafazkan ikrar sebagai tanda amalan integriti dalam menjalankan tugas seharian selaku kakitangan UMS.

Antara ikrar yang dilafazkan termasuklah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan diri sendiri dan kakitangan di bawah seliaan masing-masing.

Kakitangan PPSKK kemudiannya menandatangani borang IBR sebagai tanda aku janji untuk terus berkhidmat dengan amanah dan bebas rasuah.

Untuk rekod, setiap Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Unit di UMS melaksanakan Majlis Lafaz Ikrar dan menandatangani IBR secara berperingkat sejak 25 Ogos lalu dalam usaha memastikan para kakitangan tidak terjerumus ke kancah jenayah rasuah yang kini dianggap antara musuh utama negara.

 

Foto: Ernest Berinus

 

ISNIN, 30 OKTOBER - 鶹Ƶ (UMS) dan Wuyi University, China menandatangani Surat Niat (LoI) hari ini ke arah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada masa hadapan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perkongsian dalam pelbagai bidang akademik.

Majlis menandatangani LoI itu menyaksikan UMS diwakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, manakala Wuyi University diwakili Canselornya, Prof. Zhang Kun.

Majlis itu yang diadakan bertempat di Galeri Majlis Bangunan Canselori itu turut disaksikan Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Cai De, dan Presiden Sze Yip Bersatu Sabah, Datuk Susan Wong Siew Guen.

Melalui permeteraian LoI itu, kedua-dua universiti akan bekerjasama dalam pertukaran kakitangan akademik dan pelajar serta kerjasama dalam menjalankan projek penyelidikan.

Di samping itu, ia juga melibatkan penyelarasan projek pendidikan bersama termasuk dalam penganjuran persidangan, syarahan, seminar serta kursus-kursus jangka pendek.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Lembaga Pengarah UMS, Prof. Dr. Marcus Jopony; Ketua Pustakawan UMS, Dg. Rukiah Ag. Amit; dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Ho Chong Mun.

 

ISNIN, 30 OKTOBER – Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan program ceramah kepimpinan ‘AKEPT Leadership Programme’ pagi tadi.

Bertempat di Bilik Kuliah 1, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS, sesi ceramah disampaikan Pengerusi Lembaga Penasihat AKEPT Tan Sri Dato’ Prof. Dzulkifli Abdul Razak pada sesi pagi, dan ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman pada sesi petang.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, ‘AKEPT Leadership Programme’ telah mula dijalankan di UMS pada tahun 2014.

“Sejak dari itu, beberapa siri program dan kursus kepimpinan anjuran AKEPT telah dijalankan di UMS, dan setinggi penghargaan kepada pihak AKEPT kerana sentiasa memberikan peluang menjadikan UMS sebagai hab atau pusat latihan untuk program-program sebegini,” katanya.

Beliau menambah, UMS amat bertuah kerana tokoh kepimpinan hebat seperti Tan Sri  Prof. Dzulkifli sudi hadir dan menyampaikan beberapa isu penting dalam konteks kepimpinan masa kini.

“Saya berharap agar semua yang hadir dapat mengambil peluang ini dan berinteraksi dengan Tan Sri  Prof. Dzulkifli mengenai pelbagai isu khususnya isu kepimpinan, budaya dan profesion akademik masa kini dan pada era IR 4.0.,” ujar beliau.

Kira-kira 100 staf akademik dan pegawai pengurusan UMS hadir pada program ceramah yang berlangsung selama sehari itu.

ISNIN, 30 OKTOBER - Seramai 242 peserta menjayakan larian 'The Scenic EcoCampus Run 2017' yang berlangsung di sekitar kawasan kampus 鶹Ƶ (UMS) kelmarin.

Pelepasan larian seawal jam 6.00 pagi itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin bertempat di Padang Kawad UMS.

Larian anjuran bersama Pusat Pengurusan EcoCampus, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Pusat Sukan UMS mempertandingkan empat kategori, iaitu kategori 6km Lelaki, 6km Wanita, 12km Lelaki, dan 12km Wanita.

Menurut kenyataan Pusat Pengurusan EcoCampus, penganjuran larian tersebut antara lain bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan warga UMS dan orang awam yang terlibat, di samping mempromosikan UMS sebagai satu destinasi Pelancongan EcoCampus.

Kenyataan itu memaklumkan peserta berpeluang menikmati panorama kampus UMS yang hijau serta berkesempatan melihat beberapa lokasi menarik seperti jeti UMS, Tasik UMS dan Menara Jam UMS sepanjang larian.

Seramai 100 sukarelawan dalam kalangan kakitangan dan pelajar UMS terlibat dalam acara itu, menjadikan acara larian tersebut berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Lima hadiah utama dipertandingkan bagi setiap kategori, dengan juara kategori memperoleh hadiah kemenangan RM500, manakala tempat kedua mendapat RM400, tempat ketiga RM300, tempat keempat RM200 dan tempat kelima RM100.

Dalam acara tersebut, Yusuf Tungkob mengungguli kategori 6km lelaki, sementara Haniza berjaya memenangi larian 6km Wanita. Bagi acara 12km Lelaki dimenangi oleh Fabian, manakala Eyeliah mendominasi acara 12km Wanita.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan  Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus, Prof. Madya Dr. How Siew Eng.

Larian “The Scenic EcoCampus Run” bakal menjadi acara tahunan UMS selari dengan agenda EcoCampus UMS dalam membudayakan kelestarian alam sekitar kepada warga UMS khususnya serta kepada masyarakat setempat.