SELASA, 19 DISEMBER- Seramai 32 pelajar 鶹Ƶ (UMS) menerima sijil watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/2018 di Galeri Majlis kelmarin.
Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk D Kamarudin D Mudin, pemilihan MPP yang diadakan secara demokrasi pada bulan Oktober lalu adalah satu pilihan yang terbaik oleh pelajar-pelajar UMS dalam menentukan pemimpin yang berkaliber dan layak bersuara bagi mewakili pihak siswa siswi.
“MPP adalah satu entiti yang sangat penting di UMS kerana mereka mempunyai peranan dan fungsi yang besar serta penting bagi menyalurkan suara siswa siswi UMS kepada pihak pengurusan UMS,” katanya.
Tambah beliau, MPP juga berfungsi dalam merangka serta menyusun pelbagai strategi dan aktiviti program kemahasiswaan yang bertujuan membangun sahsiah pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi dan peranan masing-masing kepada masyarakat, bangsa dan negara.
“Barisan MPP sesi 2017/2018 yang telah terpilih ini merupakan barisan yang terbaik di antara ribuan pelajar UMS untuk memimpin rakan-rakan seperjuangan di universiti, saya percaya suatu hari nanti anda bakal menjadi pewaris tampuk pimpinan negara pada masa akan datang,” ujarnya.
Profesor Datuk D Kamarudin juga turut menasihatkan agar barisan MPP sentiasa mengamalkan DSIJ iaitu Dynamic, Sustainable, Integrity, Justice dalam menjalankan amanah yang diberikan.
Terdahulu, Presiden MPP UMS 2017/2018 Jusman Nali memberitahu bahawa beliau dan rakan seperjuangannya bercadang untuk mengadakan Konvensyen De Borneo pada bulan April 2018, yang mana akan menghimpunkan semua pemimpin mahasiswa di negeri Sabah dan Sarawak.
“Kami di barisan MPP mohon dorongan serta sokongan daripada pihak pengurusan UMS untuk menjayakan konvenkesyen ini,” katanya.
Barisan MPP UMS 2017/2018 diwakili oleh 24 orang perwakilan kampus induk Kota Kinabalu, tiga orang daripada Fakulti Pertanian Lestari Sandakan dan lima orang daripada Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan.



ISNIN, 18 DISEMBER – Kepelbagaian sambutan perayaan di Malaysia mampu menjadi medium terbaik bagi saling kenal-mengenal dan mengukuhkan lagi jalinan kemesraan sesama masyarakat tanpa mengira perbezaan latar agama dan bangsa.
ISNIN, 18 DISEMBER – Kejohanan sukan IPT Sabah Piala YB Datuk Dr Mary Yap Kain Ching kali ke-2 anjuran bersama 鶹Ƶ (UMS) dan Kementerian Pendidikan Tinggi disambut meriah dengan penyertaan 20 kontinjen daripada Institut Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Negeri Sabah di Kompleks Sukan UMS baru-baru ini.
JUMAAT,15 DISEMBER - 鶹Ƶ (UMS) yakin Pusat e-Pembelajaran mampu mengukuhkan semula hala tuju, strategi, dan pelan tindakan yang ditetapkan.
JUMAAT, 15 DISEMBER – Penganjuran Program ‘No Trash In Stash (NTrIS) 2017’ oleh Pusat Pengurusan Ecocampus 鶹Ƶ (UMS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta Kelab Surirumah dan Staf Wanita UMS (KESUMBA) mampu mewujudkan kesedaran dan minat warga UMS, khasnya para mahasiswa/i UMS dan orang awam dalam melaksanakan aktiviti kitar semula bahan terpakai (upcycling) untuk menjadi produk yang bernilai.