JUMAAT, 15 DISEMBER – Kontinjen 鶹Ƶ (UMS) sedia menggalas cabaran untuk mempertahankan kejuaraan Sukan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Sabah Kali ke-2 Piala YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching yang akan bermula esok.
UMS yang menjuarai kejohanan sama pada tahun lalu menghantar seramai 87 atlet dan pegawai yang akan menyertai kesemua enam jenis sukan yang dipertandingkan.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Ismail Ali ketika berucap pada majlis penyerahan bendera kontinjen berkata, kejohanan sukan itu akan menjadi medan pengukur prestasi setiap atlet yang bertanding bagi pemilihan atlet untuk kejohanan-kejohanan sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Sukan IPT Kebangsaan dan Sukan MASUM.
“Saya percaya kontinjen UMS tidak berdepan masalah untuk mempertahankan kejuaraan memandangkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
“Berikan saingan terbaik, bersaing atas semangat kesukanan dan gandakan usaha agar kita dapat mengatasi pencapaian pada edisi temasya sebelum ini,” ujar beliau.
Pada majlis tersebut, Prof. Dr. Ismail dan Pengarah Pusat Sukan UMS, Mohd. Asyraaf Fong Abdullah serta pegawai-pegawai sukan UMS menyaksikan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pasukan Bola Sepak UMS, Izzudin Irfan, serta menyampaikan pakej kepada ketua pasukan bagi setiap kategori sukan.
Kejohanan Sukan IPT Sabah Kali Ke-2 Piala YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching berlangsung selama dua hari dengan mempertandingkan enam jenis sukan iaitu Bola Sepak, Futsal, Sepak Takraw, Bola Tampar Pantai, Bola Jaring, dan Bola Keranjang.
Temasya sukan yang akan disertai lebih 20 IPT di Sabah itu akan dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching di UMS Arena, esok.



KHAMIS, 14 DISEMBER – Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) 鶹Ƶ (UMS) mengadakan Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam bermula kelmarin.
KHAMIS, 14 DISEMBER – Seramai 100 peserta daripada pelbagai etnik dan anutan agama hadir menjayakan Forum Harmoni 1Malaysia yang dianjurkan dengan gabungan kerjasama Pusat Islam 鶹Ƶ (PIUMS), Belia Harmoni Alamesra, dan Hidayah Centre 鶹Ƶ, Kota Kinabalu.
KHAMIS, 14 DISEMBER - Lebih 70 kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun dari Pusat Minda Lestari (PML) 鶹Ƶ (UMS) dan beberapa sekolah di sekitar Kota Kinabalu turut menjayakan program myTREEvolution anjuran Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pendidikan Tinggi (BHI-KPT) menerusi CEO@Faculty Programme 2.0 di Kompleks Perhutanan, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) kelmarin.
KHAMIS, 14 DISEMBER - Seramai 21 peserta berjaya menamatkan program SME@UMS dan diraikan pada Majlis Graduasi Program SME@UMS 2017 kali ke-3 yang berlangsung di Galeri Majlis 鶹Ƶ (UMS), kelmarin.