
SELASA, 22 JANUARI - 鶹Ƶ memberi sumbangan 366 naskhah buku pelbagai judul hasil tulisan dan penyelidikan pensyarah-pensyarah (UMS) kepada Majlis Belia Sabah (MBS), baru-baru ini.
Penyampaian sumbangan itu disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof.
Katanya, inisiatif itu dijayakan menerusi Penerbit UMS sempena 'Kempen Jom Derma Buku' anjuran MBS.
"Dalam kempen ini, MBS menyasarkan sumbangan buku sebanyak 1,000 naskhah yang akan disimpan di Pusat Sumber, Arena Belia MBS.
"Sokongan UMS kepada kempen MBS ini sebagai salah satu usaha memupuk minat membaca terutamanya dalam kalangan belia," katanya pada majlis penyerahan buku tersebut.
Prof. Dr. Shahril turut menyarankan MBS untuk bekerjasama dengan UMS dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain pada masa akan datang terutamanya yang melibatkan belia.
“Sumbangan buku ini juga merupakan salah satu cara untuk menyebar luas penyelidikan dan penulisan pensyarah-pensyarah UMS yang telah dibukukan,” tambahnya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Penerbit UMS, Prof. Madya Dr Asmiaty Amat; Timbalan Pengarah Penerbit UMS, Prof. Madya Dr. Patricia Matanjun; Pengerusi Tetap MBS, Mazlan @Joehari Manan; Ketua Penerangan MBS, Mohd Zikri Zainudin; dan Timbalan Setiausaha Kerja MBS, Mohd Taufik Ismail.



SELASA, 22 JANUARI - Seramai 70 peserta menjayakan program Pengenalan Aktiviti Memanah Tradisional yang dianjurkan Pusat Pelaburan dan Endowmen (PPE), 鶹Ƶ (UMS) di Pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC), UMS, Ahad lalu.
KHAMIS, 17 JANUARI – Pusat Kerjaya 鶹Ƶ (UMS) mengadakan program Lawatan Kerja Ke JobsMalaysia Sabah di Menara UTC, Kota Kinabalu baru-baru ini.
RABU, 16 JANUARI – Prihatin terhadap mangsa kebakaran yang menjejaskan lebih 300 penduduk di Kampung Pasir Putih Putatan, warga 鶹Ƶ (UMS) tampil menghulurkan sumbangan bantuan barang keperluan kepada mangsa yang terlibat.
RABU, 16 JANUARI - Seramai 49 pelajar Fakulti Kejuruteraan 鶹Ƶ (UMS) berjaya menamatkan modul projek berkaitan minyak dan gas dalam kerjasama Sabah Shell Petroleum Company Limited, baru-baru ini.