KHAMIS, 27 DISEMBER - Seramai 24 pelajar tahun empat Program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) 鶹Ƶ (UMS) telah terlibat dalam melaksanakan Projek “ Ceramic Water Filter (CWF) – Tagasan Jaya” di Kampung Tagasan Jaya, Semporna baru-baru ini.
Menurut pengarah projek, Mohd. Husni Husin, projek di bawah program “Project For Happiness 2018” yang dijalankan selama enam hari itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dengan komuniti Kampung Tagasan Jaya, Semporna.
“Projek ini telah dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat dan juga melahirkan pelajar yang mampu menerima cabaran semasa bekerja bersama masyarakat yang mempunyai budaya yang berbeza.
“Program ini mampu mengasah kemahiran bersosial pelajar dengan masyarakat di luar serta melatih pelajar untuk tinggal di kawasan yang pendalaman yang serba kekurangan dari segi kemudahan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Tagasan Jaya, Hasimun Abd. Rasad ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut berkata, amatlah wajar aktiviti tersebut dijalankan kerana bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim antara kedua belah pihak, malah turut mampu membentuk jati diri pelajar untuk berbakti kepada negara.
“Aktiviti bersama komuniti sebegini perlulah menerapkan nilai-nilai dan berunsurkan pendidikan dengan lebih kerap selain mampu mewujudkan sikap prihatin dalam diri setiap pelajar,” ujar beliau.
Sepanjang program itu berlangsung, pelajar turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung, pemasangan khemah dan persediaan untuk majlis penutupan program tersebut.
Sumber: Broneca Sibin, Pelajar Tahun Empat Fakulti Kejuruteraan UMS



KHAMIS, 27 DISEMBER - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS) 鶹Ƶ (UMS) bersama-sama dengan Persatuan Pelajar Pascasiswazah UMS serta wakil-wakil pelajar pascasiswazah dari lapan buah fakulti buat julung kalinya menjayakan sesi UMS Speakers Corner pelajar-pelajar pascasiswazah di Ruang Legar PPPS baru-baru ini.
ISNIN, 24 DISEMBER - Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS mengambil inisiatif meningkatkan kelancaran pengajian doktor falsafah dan sarjananya dengan menganjurkan Kolokium Pascasiswazah FPEP 2018 baru-baru ini.
ISNIN, 24 DISEMBER – Lebih 700 warga 鶹Ƶ (UMS) termasuk pelajar antarabangsa UMS melaksanakan solat hajat secara berjemaah bersempena dengan Program Solat Hajat Imtihan Perdana dan Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Antarabangsa 2018 di Masjid UMS baru-baru ini.
FRIDAY, 21 DECEMBER - A group of 12 civil engineering final year students of Faculty of Engineering, University Malaysia Sabah (UMS) have been engaged with the community of Kg. Singgaron Baru, Ranau for water security and quality improvement using Biosand Water Filter recently.