ISNIN, 04 FEBRUARI - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), 鶹Ƶ (UMS), menganjurkan Program Pembinaan Pasukan (Teambuilding) di Melangkap Nabalu Farm, Kota Belud, baru-baru ini.
Timbalan Pendaftar FPSK, Hasmi Hashim berkata, program itu antara lain bertujuan untuk memupuk dan memantapkan semangat kerja berpasukan dan mewujudkan hubungan komunikasi yang harmoni dalam kalangan kakitangan.
“Di samping itu, ia bagi memberikan motivasi kepada kakitangan sejajar dengan UMS-KRA keempat iaitu memperkukuh tadbir urus dan sistem penyampaian serta menyahut saranan nilai utama universiti iaitu meningkatkan darjah kegembiraan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya persembahan kumpulan, hiking serta pertandingan swafoto beramai-ramai yang bertemakan kerja berpasukan.
“Turut diadakan ceramah motivasi dan aktiviti dalam kumpulan yang dikendalikan Pegawai Psikologi Kanan UMS selaku penceramah jemputan, Carrie Grace Jaymess,” jelasnya.
Majlis perasmiannya disempurnakan Dekan FPSK, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree.
Prof. Dr. Mohammad Saffree dalam ucapannya menyatakan peri pentingnya kerja berpasukan dalam memacu sesebuah organisasi untuk maju ke hadapan.
“Saya amat berbesar hati dan mengharapkan agar program seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.
Kira-kira 40 kakitangan pentadbiran FPSK telah menyertai program ini.



JUMAAT, 01 FEBRUARI - Sekumpulan pelajar Ekonomi Kewangan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, 鶹Ƶ (UMS) mengadakan program lawatan sambil belajar ke Hong Kong dan Macau, baru-baru ini.
RABU, 30 JANUARI – Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) 鶹Ƶ (UMS) telah melancarkan Buku Festschrift bertajuk Borneo Dari Kepelbagaian Perspektif dalam satu majlis di Theatrette Ahmad Nisfu, FKSW, baru-baru ini.
SELASA, 29 JANUARI – Pusat Islam 鶹Ƶ (PIUMS) dengan kerjasama Tabung Haji Travel Kota Kinabalu menganjurkan Kursus Umrah 2019, di Masjid UMS, baru-baru ini.
SELASA, 29 JANUARI - Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional 鶹Ƶ (PPUMS) mengukuhkan jalinan silaturahim bersama pegawai pengurusan dan profesional daripada jabatan dan agensi kerajaan di Negeri Sabah melalui penganjuran kejohanan sukan, baru-baru ini.