RABU, 06 MAC - Sukan KKTM 2019 dianjurkan Exco Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) 鶹Ƶ (UMS) di Kompleks Sukan UMS baru-baru ini.
Menurut Exco Sukan Jakmas KKTM, Mohd Iskandar Khan Suhaimin, objektif utama program tersebut adalah bagi memilih atlet dan pemain sukan yang berbakat serta berkebolehan tinggi untuk meningkatkan mutu sukan di kolej kediaman berkenaan.
“Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar berminda cerdas serta mewujudkan persaingan yang sihat di antara pelajar.
“Program ini dilaksanakan untuk menggalakkan pelajar aktif bersukan di samping dapat merapatkan hubungan di antara pelajar KKTM,” katanya dalam satu kenyataan.
Iskandar turut menyuarakan harapan agar program itu mampu mendidik pelajar mengekalkan gaya hidup sihat dan selalu melakukan riadah serta dapat mengeratkan hubungan antara pelajar.
Sementara itu, Timbalan Pengetua KKTM Dr. Badariah Saibeh berkata, sukan-sukan yang dipertandingkan bukan sahaja dapat mencungkil bakat pelajar tetapi juga dapat mewakili KKTM dalam sukan antara kolej.
“Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti larian jarak 100 meter (m), 200m, 4x100m, dan 4x400m, lontar peluru, lompat jauh, futsal, bola tampar dan juga bola jaring.
“Kejohanan itu turut disertai oleh barisan felo KKTM dalam acara larian 8x50m,” katanya.
Dalam kejohanan itu, Blok O (Lelaki) dan Blok E (Perempuan) dinobatkan sebagai juara keseluruhan apabila menjulang Piala Pusingan Sukan KKTM 2019.



SELASA, 05 MAC - 鶹Ƶ (UMS) mengadakan kunjungan hormat kepada Kadazan Society Sabah (KSS) di kediaman Presidennya, Datuk Marcel Leiking, hari ini.
SELASA, 05 MAC - Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti (PPPH) 鶹Ƶ (UMS) mengadakan Program Kembara ke Air Terjun Murug Turug, di sini baru-baru ini.
JUMAAT, 01 MAC - Kunjungan Pejabat Canselori dan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kepada Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) 鶹Ƶ (UMS) meningkatkan lagi jalinan perhubungan awam sedia ada.
KHAMIS, 28 FEBRUARI – Sejumlah RM39,375 pembiayaan telah diluluskan oleh Khind Starfish 鶹Ƶ bagi membiayai enam projek komuniti ‘Project For Happiness 2018’ yang dijayakan oleh siswa-siswi 鶹Ƶ.