
JUMAAT, 15 FEBRUARI - 鶹Ƶ (UMS) menjalankan semakan semula kurikulum prasiswazah bagi menerapkan beberapa nilai yang telahpun dikenal pasti sejak semakan yang telah dijalankan terdahulu.
Antara nilai yang telah dikenal pasti adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, Revolusi Industri 4.0, Kehendak Industri Semasa, Trend Pasaran Kerja Masa Depan, Constructive Alignment on Outcome-based Education, Classroom of the Nature, Nilai ‘Love, Happiness and Mutual Repect’, Nilai ‘Dynamic, Sustainable, Integrity, Justice, Happiness’ serta Branding – Smart-Eco UMS 4.0.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Akdemik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Rasid Mail, semakan kali ini merupakan rombakan besar sejak 12 tahun lalu, dan ia merupakan salah satu aktiviti utama sempena sambutan Jubli Perak penubuhan UMS.
“Objektif bengkel ini adalah untuk menentukan kaedah-kaedah mengoperasikan semakan kurikulum untuk semua program akademik di UMS berdasarkan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UMS, dan perkembangan terbaru nilai, amalan serta agenda yang mempengaruhi Pendidikan Tinggi. Kaedah-kaedah ini akan digunakan dalam semakan kurikulum yang formal di fakulti selepas bengkel ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin merasmikan bengkel tersebut.
“Adalah dijangkakan bahawa bengkel ini menjadi platform untuk membincangkan isu-isu terkini dan dapat menambah baik kurikulum bagi semua program akademik UMS agar relevan dengan keperluan masa kini.
“Adalah juga diharapkan bahawa graduan UMS yang akan mengikuti kurikulum yang telah diubah suai akan mengikuti program akademik dalam suasana yang gembira dan memotivasikan, dan seterusnya dapat menguasai hasil pembelajaran yang memenuhi keperluan segera dan industri,” tambahnya.
Bengkel yang dijalankan selama tiga hari itu melibatkan penyertaan daripada 10 fakulti dan dua pusat dalam UMS yang disertai oleh 110 peserta yang terdiri daripada para dekan, pengarah, timbalan dekan, ketua-ketua program, penyelaras dan penolong pendaftar kanan akademik.
Turut hadir pada bengkel tersebut, Presiden Persekutuan Industri Sabah, Datuk Ir. Chong Hon Len; Presiden Kadazandusun Chamber of Commerce and Industry (KCCI), Datuk Bonipasius Bianis; Pengerusi Persatuan Jurutera Perunding Malaysia cawangan Sabah, Ir. Tan Kok Jyh serta Pengurus ASM Management, Ahmad Syabirin sebagai wakil alumni UMS.



KHAMIS, 14 FEBRUARI – Seramai 84 pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) 鶹Ƶ (UMS) telah menyertai Kursus Metodologi Kejurulatihan dan Bakal Pegawai Siri Khas 2019 yang berlangsung di kampus UMS baru-baru ini.
KHAMIS, 14 FEBRUARI - 鶹Ƶ (UMS) mengharapkan peningkatan dalam jumlah penerbitan buku sejajar dengan penambahan jumlah kakitangan akademik bertaraf profesor.
RABU, 13 FEBRUARI - Seramai 535 pelajar ditawarkan untuk mengikuti program pascasiswazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana secara penyelidikan dan kerja kursus di 鶹Ƶ (UMS) bagi Semester 2, 2018/2019.
SELASA, 12 FEBRUARI: 鶹Ƶ (UMS) memperkasakan lagi kerjasama sedia ada dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui satu kunjungan hormat kepada Mayor DBKK, Datuk Nordin Siman di pejabatnya kelmarin.