RABU, 16 OKTOBER - Seramai 150 pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) 鶹Ƶ (UMS) menyertai Program Gotong Royong Perdana “FPEP Bersih, FPEP Ceria” di fakulti tersebut, baru-baru ini.
Ketua penganjur merangkap Exco Sukarelawan dan Kemasyarakatan, Persatuan Mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (PMPEP), Maslina Saiba berkata, gotong-royong tersebut bukan sahaja untuk melahirkan lebih banyak pelajar yang bergiat aktif dan mampu melakukan kerja-kerja sukarela namun ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
“Kita juga amat bertuah kerana program anjuran kami selaku pelajar di fakulti ini turut disokong penuh oleh Dekan FPEP, Profesor Madya Dr. Raman Noordin yang turut hadir bersama-sama bagi menjayakan acara ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.
Sementara itu, Dr. Raman berkata, melalui program tersebut, ia dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan alam sekitar sekali gus dapat mewujudkan suasana yang nyaman dan bersih untuk keselesaan semua yang berada di fakulti.
Katanya, FPEP ibarat sebuah rumah sendiri yang perlu dijaga bagi memberi keselesaan kepada semua warganya dan adalah menjadi tanggungjawab warga FPEP termasuk pelajar untuk menjaga kebersihan dan keharmonian fakulti.
“Untuk itu, syabas dan tahniah saya ucapkan atas inisiatif penganjuran program gotong-royong ini yang turut dilihat menjadi wadah penting kepada pemupukan kerjasama dan jalinan silaturahim antara pelajar dan kakitangan.
“Pada kesempatan ini, saya juga berbesar hati menyatakan bahawa FPEP kini dalam proses untuk mewujudkan tapak niaga bagi kegunaan para pelajar menjalankan aktiviti keusahawanan untuk menjana pendapatan dan dalam masa yang sama dapat memeriahkan suasana di fakulti,” tambah Dr. Raman.
Hadir sama, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswazah FPEP, Dr. Arif @ Kamisan Pusiran, pensyarah-pensyarah dan kakitangan FPEP.



RABU, 16 OKTOBER – Sejumlah 128 kertas kerja penyelidikan berkaitan bidang sains sosial dan kemanusiaan dalam pelbagai disiplin dibentang dan dibahas pada Seminar Kebangsaan Pascasiswazah Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019 yang diadakan di Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) 鶹Ƶ (UMS).
RABU, 16 JULAI- Orang Asal Sabah sudah wujud di negeri ini sejak 70,000 tahun lalu kata Profesor Sekolah Antropologi Universiti Oxford, Profesor Dr. Stephen Oppenheimer.
KHAMIS, 10 OKTOBER - Kehadiran migrasi dari sesebuah negara ke negara yang lain mampu memberikan pelbagai impak ke atas penduduk tempatan.
SELASA, 15 OKTOBER - Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Artikel Konsep (Tanpa Data), Artikel daripada Tesis dan Artikel Indeks Scopus di Bilik Seminar 5, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini.