- Jumlah paparan: 1754
UMS-SPS-Upcycled Shack Terajui Ekonomi Pekeliling Demi Kelestarian Persekitaran
RABU, 25 SEPT - Pusat Pengurusan EcoCampus (EcoCampus) 鶹Ƶ (UMS) mengambil langkah proaktif mengatasi masalah pencemaran plastik dengan menggunakan cara Kitar Semula Tambah Nilai dalam menyahut tuntutan model Ekonomi Pekeliling.
Ekonomi Pekeliling merupakan model ekonomi di mana nilai produk dan bahan dikekalkan dalam pasaran selama yang mungkin menerusi penambahan dan pembaharuan nilai produk dan bahan tanpa pembuangan sisa mahupun penghasilan semula bahan asas.
Langkah proaktif tersebut merupakan kerjasama diantara pihak EcoCampus UMS bersama Persatuan Farmasi Sabah (SPS) serta rakan industri, Upcycled Shack.
Menurut Timbalan Pengarah EcoCampus UMS, Kueh Boon Hee, sepasukan pelajar UMS telah berjaya menjalankan projek ‘upcycling’ sisa plastik sekali guna untuk dijadikan medal sebagai saguhati sempena acara World Pharmacists Day 2019 Plog Run yang akan diadakan pada 28 September 2019 di Taman Teluk Likas.
Tambah beliau, projek yang bermula pada bulan Jun lalu itu telah mengumpulkan lebih 350 bekas plastik sekali guna (kod 6) dan daripada jumlah tersebut mereka berjaya menghasilkan 300 keping medal melalui proses pembakaran dalam ketuhar.
“Kejayaan projek ekonomi pekeliling menggunakan cara Kitar Semula Tambah Nilai yang julung kali direalisasikan oleh UMS ini amat bermakna dan penting sebagai titik tolak dalam merancakkan projek seumpama itu pada masa akan datang dengan merangkumi skop penglibatan dan impak sosial yang lebih besar,”ujarnya pada Majlis Penyerahan Bahan Kitar Semula Tambah Nilai itu, kelmarin.
Sementara itu, Timbalan Presiden SPS, Hiew Chui Li berkata, pembelian 300 keping medal daripada Kumpulan Pelajar EcoCampus UMS itu akan menjadi satu kelainan pada acara larian anjuran SPS memandangkan corak dan reka bentuk medal tersebut merupakan idea asal kumpulan pelajar berkenaan.
Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi UMS), Profesor Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul dan Pengurus Upcycled Shack, Tressie Yap.
Profesor Madya Ts. Dr. Ramzah turut menyaksikan penyerahan replika cek bernilai RM 900 yang diserahkan kepada Kumpulan Pelajar EcoCampus UMS oleh SPS.



RABU, 25 SEPT - REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited (RESPOL) menganjurkan bengkel kerjaya untuk pelajar-pelajar tahun akhir dan tahun pertama jurusan kejuruteraan 鶹Ƶ (UMS) buat kali ketiga, kelmarin.
SELASA, 24 SEPTEMBER – Penyelidik 鶹Ƶ (UMS) cemerlang dalam penyertaan Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2019 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor apabila reka cipta mereka berjaya merangkul lima emas, lima perak dan dua gangsa.
SELASA, 24 SEPTEMBER - Anggota Keselamatan 鶹Ƶ (UMS) yang bertugas di kawasan luar bangunan sekitar kampus UMS dibekalkan Topeng N95 khusus bagi pencegahan jerebu sebagai langkah keselamatan bagi menghadapi cuaca berjerebu tidak sihat yang melanda udara di kawasan Kota Kinabalu pada ketika ini.
KHAMIS19 SEPTEMBER: Seramai 71 pelajar mobiliti dari negara China berjaya menamatkan pengajian di selama satu semester 鶹Ƶ (UMS) bermula Jun – September 2019.