鶹Ƶ

ISNIN, 03 Jun – Seramai 28 anak yatim dari Rumah Amal Kasih Asnaf Kingfisher telah diraikan dalam Majlis Iftar anjuran Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), dan Alumni FSSA, 鶹Ƶ (UMS), baru-baru ini.

Dekan FSSA, Prof. Dr. Baba Musta berkata, majlis yang julung kalinya dianjurkan itu bertujuan berkongsi kegembiraan dan meraikan golongan yang kurang bernasib baik itu pada bulan Ramadan al-Mubarak.

“Biarpun sederhana, majlis ini berseri dengan senyuman yang terukir di wajah anak-anak yatim tersebut.

“Kita mahu meraikan mereka dengan cara istimewa, selain mahu kegembiraan yang kita ada ini dikongsi bersama dengan mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Prof. Dr. Baba berkata, majlis itu juga dalam masa yang sama sebagai satu usaha merapatkan silaturahim antara alumni dan warga FSSA.

“Turut diadakan Ceramah Tazkirah Ramadan yang disampaikan Ketua Program Pendarasan Islam, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan UMS, Dr. Issraq Ramli,” tambah beliau.

Bertempat di Kompleks Perhutanan fakulti berkenaan, lebih 110 orang hadir menjayakan majlis tersebut termasuk kakitangan akademik, kakitangan pentabdiran dan pelajar antarabangsa FSSA.

Pada majlis itu, Prof. Dr. Baba turut menyempurnakan penyampaian sumbangan Ramadan kepada anak-anak yatim.

Sumber : Kenny Uwai dan Razuan Mathew (Gambar)

RABU, 29 MEI– 鶹Ƶ (UMS) melalui Pusat Kerjaya dan Alumni (PKA) telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan Alumni bersama Anak Yatim Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (Mawis) bertempat di Hotel Horizon, baru-baru ini.

Majlis tersebut bertujuan meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada para penghuni Mawis di samping mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan rakan-rakan alumni UMS.

Pengarah PKA, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng berkata, PKA bersama-sama dengan alumni UMS mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Iftar Ramadan seumpama itu setiap tahun bagi meraikan kemeriahan Ramadan bersama anak-anak yatim Mawis.

“Selain dapat menghulurkan bantuan dalam bentuk sumbangan derma, program seumpama ini juga diharap dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim di samping dapat mendekatkan jurang antara anak yatim dan orang ramai.

“Saya amat berharap dengan sokongan semua pihak, kita dapat membantu jika tidak semua anak-anak ini, setidak-tidaknya menyokong mereka dalam aspek pembelajaran supaya menjadi insan yang dapat bergelar pemimpin pada masa hadapan,” tambahnya lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli Lembaga Pengarah UMS, Datin Hajah Nurlaila Said yang juga merupakan alumni UMS; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ismail Ali; Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Kamisah Husin serta Pengetua Mawis, Sakinah Yusof.

RABU, 29 MEI- Nasib keluarga salah seorang alumni 鶹Ƶ (UMS), Norellyana Rubaui yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran baru-baru ini di Kampung Sungai Gading Batu 15, mendapat perhatian UMS melalui Pusat Kerjaya dan Alumni untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Lawatan tersebut bertujuan untuk membantu, memberi sokongan moral dan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa yang juga merupakan alumni UMS tahun 2018, graduan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW).

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk KY Mustafa, UMS sentiasa prihatin terhadap musibah yang melanda warganya termasuk para alumni UMS.

“Biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat memberi semangat baharu dan meringankan sedikit beban mangsa.

“Justeru, sumbangan ini diharap mampu mengurangkan beban yang ditanggung oleh alumni kita yang kurang bernasib baik ini,” katanya.

Sementara itu, UMS turut melawat sekali gus menyampaikan sumbangan kepada seorang lagi graduan tahun 1999, Ramlan Ali yang mengalami masalah kesihatan iaitu separa strok.

Menurut Pengarah Pusat Kerjaya dan Alumni, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng, Ramlan Ali merupakan seorang usahawan dalam bidang rumpai laut dan beliau juga mempunyai perniagaan ‘home stay’.

"Beliau seorang alumni yang aktif dan pernah menyumbang kepada tabung dana Alumni UMS,” jelasnya.

Selain sumbangan wang tunai, biskut dan kuih raya turut diberikan kepada kedua-dua alumni ini.

Turut serta dalam kunjungan ini, Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah, Datin Hajah Nurlaila Said; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Ismail Ali dan Penolong Pendaftar Kanan, Victor Gondipon.

SELASA, 28 Mei –Seramai 76 kakitangan akademik 鶹Ƶ (UMS) yang menerima kenaikan pangkat, diraikan dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik Tahun 2019 di Galeri Majlis petang tadi.

Surat kenaikan pangkat tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

Datuk D Kamarudin berkata, peluang kenaikan pangkat yang diperoleh tidak seharusnya disia-siakan, malah perlu diiringi dengan usaha dan kerja keras bagi membantu mencapai objektif, misi dan visi universiti.

“Kejayaan kenaikan pangkat ini perlu dikongsikan bersama rakan-rakan lain dan bukan bersifat peribadi. Anda juga perlu tingkatkan pencapaian akademik dan cari jalan untuk berkongsi kelebihan ini dengan yang lain,” katanya.

Beliau turut menyeru agar kakitangan akademik memberikan perhatian terhadap disiplin dan komitmen semasa bekerja dengan memperkemaskan mekanisme aduan serta beriteraksi secara profesional dengan pelajar, rakan sekerja serta masyarakat.

“Kita juga perlu terus memberikan sokongan kepada ketua jabatan dan pengurusan universiti agar segala dasar dan hala tuju yang ditetapkan menerusi Pelan Strategik UMS dapat dijayakan dengan lebih baik dan lancar,” kata Datuk D Kamarudin.

Terdahulu Pendaftar UMS, Vina Zahriani Yusof berkata, kenaikan pangkat ini memberikan kelebihan kepada ahli akademik untuk meningkatkan keterlihatan kepada komuniti.

“Kakitangan akademik juga perlu menjiwai tugas sebagai ahli akademik dan perlu melatih dan menjadi mentor kepada ahli akademik muda. Anda perlu menjadi penggalak kepada ahli akademik muda untuk terus memberikan sumbangan kepada kejayaan UMS pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Rasid Mail dan Ketua Bahagian Sumber Manusia, Mohd Raffie Hj Janau.

JUMAAT, 24 MEI: Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Hj. Juhar Datuk Hj. Mahirruddin dilantik semula sebagai Canselor 鶹Ƶ buat kali ketiga.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Negeri pagi kelmarin.

Watikah pelantikan yang telah ditandatangani oleh Yang Dipertuan Agong kepada Tun Juhardiserahkan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Rasid Hj Mail; TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul; TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Ismail Ali serta Pegawai-pegawai Utama UMS.