JUMAAT, 6 SEPTEMBER -鶹Ƶ (UMS) sentiasa berusaha untuk memastikan para pelajar menikmati setiap detik pembelajaran di UMS, serta mempersiapkan mereka selaras dengan keperluan industri pada hari ini.
Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, perkara itu antara keutamaan pihak universiti seperti yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama (KRA), Pelan Strategik UMS 2018 - 2022 iaitu Meningkatkan Pengalaman Holistik Pelajar.
"Kita mahu menjana graduan yang lebih berkualiti sekali gus menjadi universiti yang mempunyai kebolehpasaran graduan yang tinggi.
"Justeru, adalah menjadi harapan UMS agar setiap pelajar juga dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada pembelajaran serta sentiasa berusaha menyediakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang terbuka luas di gedung ilmu ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ikrar dan Aku Janji Pelajar Baharu Fakulti Pertanian Lestari, UMS Sandakan, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Penolong Naib Canselor, Prof. Dr. Marcus Jopony.
Menurut Prof. Dr. Taufiq Yap, para pelajar perlu memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang telah disediakan untuk bekalan tambahan alam kehidupan selepas bergelar graduan kelak.
Beliau mengingatkan para pelajar agar menyisihkan amalan-amalan negatif seperti malas, suka bertangguh, ponteng kelas dan sebagainya sebelum ia mendatangkan mudarat yang lebih berat pada masa hadapan.
"UMS akan terus membuka peluang untuk anda menggapai impian, menunjuk jalan ke arah kecemerlangan.
"Ikhlaskan hati, teguhkan tekad kerana di sini lahirnya cinta ilmu, cinta iman dan citra bakal pemimpin negara pada masa hadapan," tambah Prof. Dr. Taufiq.
Hadir sama pada majlis itu, Dekan FPL Prof. Dr. Abdul Hamid Ahmad dan kakitangan akademik dan pentadbiran fakulti berkenaan.



KHAMIS, 5 SEPTEMBER – 鶹Ƶ (UMS) terus memainkan peranan dalam bidang penjagaan kesihatan di negeri ini melalui penganjuran buat julung kalinya Persidangan International Borneo Healthcare And Public Health (IBPH) dan 4th Borneo Tropical Medicine and Infectious Disease Congress yang berlangsung di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS.
RABU, 4 SEPTEMBER - Kursus Training for Trainer (TOT) bagi tenaga pengajar kursus kokurikulum berkredit di Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), 鶹Ƶ (UMS) dilaksanakan dengan jayanya baru-baru ini termasuk di dua kampus cawangan universiti tersebut iaitu Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan Fakulti Pertanian Lestari (FPL), Sandakan.
SELASA, 3 September - Seramai 4,362 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke 鶹Ƶ (UMS) bagi kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2019/2020.
JUMAAT, 30 Ogos - Kerajaan dan sektor swasta harus mengakui pentingnya bidang sains komputer dalam menyokong usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat pintar.