SABTU, 23 NOVEMBER - Para graduan 鶹Ƶ (UMS) bakal menjadi tonggak kekuatan dan cerminan kepada perkara yang bakal berlaku kepada negara pada masa hadapan.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seru Panglima Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin berkata sedemikian kerana generasi lama bakal pergi dan akan meninggalkan generasi baru sebagai pewaris dan penerus kepada kegemilangan kepada bangsa dan negara.
“Sebagai bakal pemimpin kepada negara ini, para graduan haruslah peka dengan perubahan semasa.
“Jadilah individu yang positif dan berintegriti, dan dengan sikap yang utuh dan kental ini para graduan akan mampu untuk meneruskan kegemilangan negara Malaysia,” katanya ketika menyampaikan amanat bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMS ke-21, hari ini.
Tambah beliau, ilmu sangat penting kepada masyarakat kerana individu yang mencari ilmu akan dipandang setinggi-tingginya sejak zaman berzaman serta menjadi rujukan kepada masyarakat di sekelilingnya.
Berlangsung di Dewan Canselor UMS, acara pengurniaan ijazah berlangsung dalam enam sidang, dengan Tun Juhar merasmikan majlis pada sidang pertama dan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dan Diploma Pascasiswazah kepada 538 graduan.
(Artikel disediakan olehMaxwell Atan Hillary Saing, Pelajar Tahun Tiga Program Komunikasi FKSW)



RABU, 27 NOVEMBER - Seramai 30 pelajar cemerlang pascasiswazah 鶹Ƶ (UMS) diraikan pada Majlis Anugerah Pascasiswazah (MAP) 2019 yang dirasmikan oleh Naib Canselor Profesor Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin bertempat di Hotel Hilton, baru-baru ini.
RABU, 20 NOVEMBER -Seramai 69 pelajar daripada Program Geografi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), 鶹Ƶ telah menjayakan Program Komuniti bersama warga Rumah Panjang Jelian di Siong Pasai baru-baru ini.
RABU, 20 NOVEMBER - Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS) telah menganjurkan “Disability Awareness Training (DAT)” yang diadakan di Bilik Mesyuarat Wan Rafaei, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) baru-baru ini.
SELASA, 19 NOVEMBER - Kelab Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) 鶹Ƶ (UMS) turut sama menjayakan penganjuran Karnival Etnik Seni Budaya Sabah dan Kejuaraan Wajadiri SSCPH Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah 2020 yang diadakan di The Oval, Imago baru-baru ini.