ISNIN, 9 DISEMBER - UMS Investment Holdings Sdn. Bhd (UiNVEST) telah mengadakan Sesi Prospek Inovasi Produk 鶹Ƶ (UMS) bertempat di Hotel Grandis, baru-baru ini.
Sesi tersebut antara lain merupakan laluan peluang perniagaan baharu serta usaha kerjasama di antara para penyelidik UMS bagi produk-produk yang telah dihasilkan.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul, adalah penting bagi pihak universiti dan industri untuk bekerjasama secara proaktif agar lebih banyak produk UMS dapat dihasilkan yang menepati cita rasa pemain industri.
“Penganjuran program hari ini akan memberi peluang kepada pemain industri untuk menjadi antara kumpulan terawal mengetahui produk-produk yang dihasilkan oleh UMS.
“Saya percaya UMS mempunyai banyak produk yang baik dan kita memerlukan UiNVEST sebagai platform untuk memasarkan produk kita dengan lebih luas,” ujarnya.
Tambah beliau, penganjuran program seumpama itu juga akan terus dijalankan dan ditambah baik dari semasa ke semasa sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi di negeri ini.
“Penyelidikan dan inovasi akan menjadi salah satu bidang penting dalam pertumbuhan ekonomi di Sabah melalui kepelbagaian produk yang boleh dipasarkan,” katanya.
Terdahulu, Pengurus Besar Kumpulan UiNVEST, Yusak Yumboris berkata peranan dan aspirasi UiNVEST adalah untuk menyediakan platform bagi penyelidik UMS dan industri untuk mewujudkan sinergi yang kuat dalam meningkatkan pembangunan produk dan inovasi baharu serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“UiNVEST telah berjaya mengkomersilkan beberapa perkhidmatan UMS seperti perniagaan yang berkembang untuk UMS Centre for Education (UCEE), menyediakan perkhidmatan perundingan dan pakar kepada pelbagai organisasi kerajaan dan korporat, produk ‘Reinstanted Reality’ dari Fakulti Komputeran dan Informatik, serta yang terbaru ekopelancongan kampus dalam UMS sendiri.
“Kami berharap dapat membawa lebih banyak produk dan perkhidmatan Universiti ke dalam industri, antara lain dengan menganjurkan sesi prospek hari ini untuk inovasi produk UMS, sebagai bukti komitmen kami kepada universiti dan industri,” katanya.
Pada sesi tersebut, sebanyak 16 produk diperkenalkan yang merangkumi bidang perubatan dan kosmetik, makanan dan minuman, teknologi maklumat dan komunikasi, persekitaran serta pertanian.
Turut hadir, Pengerusi UiNVEST, Johan Amilin Datuk Abdul Samad.



RABU, 4 DISEMBER– 鶹Ƶ (UMS) dan Universiti Shukutoku, Jepun memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang Kerja Sosial hari ini.
JUMAAT, 6 DISEMBER – Ibu bapa dan masyarakat awam merupakan individu yang bertanggungjawab untuk melindungi mangsa jenayah seksual dan berperanan besar dalam usaha mengatasi masalah gejala sosial ini daripada berlaku ke atas mana-mana individu.
RABU, 4 DISEMBER – Tiga orang kakitangan 鶹Ƶ (UMS) menghadiri satu bengkel bertajuk “Kerangka Inklusif untuk Meningkatkan Kemasukan Pelajar OKU ke Universiti Awam (UA)” yang bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Negeri Sembilan baru-baru ini.
SELASA, 28 NOVEMBER - Walaupun sudah lebih setahun kehilangan anak tersayang, ibu kepada Allahyarhamah Nurul Affaizin Ismail, Jiaranah Yahaya tetap menguatkan semangat untuk hadir ke Majlis Konvokesyen 鶹Ƶ (UMS) kali ke-21 bagi mewakili arwah anaknya menerima skrol pada majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UMS baru-baru ini.