ISNIN, 11 NOVEMBER - Seramai 32 mahasiswa Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), 鶹Ƶ (UMS) menjayakan Program Bakti Siswa dan Kem Motivasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston, Beaufort, baru-baru ini.
Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, program itu antara lain bertujuan mengeratkan hubungan antara warga kampus dengan masyarakat selain berkongsi ilmu dan mendedahkan konsep tanggungjawab sosial kepada para pelajar yang terlibat.
"Program yang dianjurkan bagi membentuk mahasiswa menjadi warga yang sentiasa peka untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat dan pastinya akan melahirkan siswa yang bersifat holistik.
"Ia turut dijayakan kira-kira 50 orang pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat sekolah terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis perasmian program tersebut.
Program tiga hari itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N27 Lumadan, Matbali Musah.
Dalam ucapannya Matbali berkata, kehadiran mahasiswa UMS akan menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar SMK Weston untuk menyusul ke UMS suatu hari nanti.
"Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan terhadap usaha-usaha murni dari mahasiswa-mahasiswa UMS yang berjaya menganjurkan program seumpama ini di SMK Weston," ujar beliau.
Hadir sama pada majlis itu Pengetua SMK Weston, Beaufort, Awang Besar Suran; Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswazah) Dr. Arif @ Kamisan Pusiran; dan Timbalan Pengarah Program Bakti Siswa dan Kem Motivasi 2019, Johamir Johari.



KHAMIS, 14 NOVEMBER – Lebih 100 pelajar tahun tiga program Hubungan Industri, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) 鶹Ƶ (UMS) telah menjayakan Bengkel Penulisan Ilmiah baru-baru ini.
ISNIN, 11 NOVEMBER – Seramai 33 pelajar Program Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), 鶹Ƶ (UMS) telah menjayakan program komuniti Mahasiswa Perintis Komuniti Sejahtera di Kampung Marak Parak, Kota Marudu baru-baru ini.
JUMAAT, 8 NOV - Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof Yacob berkata Karnival Kebudayaan Murid Prasekolah anjuran Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) 鶹Ƶ (UMS) dengan kerjasama Pusat Minda Lestari menepati hasrat sebagai wadah penyuburan dan tempat terbaik mencungkil bakat-bakat muda untuk digilap menjadi permata berkualiti negara.
ISNIN, 4 NOVEMBER - Kolej Kediaman Excellent (KKE), 鶹Ƶ (UMS) telah menjayakan penganjuran Kejohanan Silat Pahlawan Dirgahayu yang berlangsung di Dewan Taekwondo, UMS baru-baru ini.