- Jumlah paparan: 161
JIWA 3.0 Perkasa Komuniti Luar Bandar dan Belia, Gilap Jiwa Sukarelawan Mahasiswa
Program Jelajah Ilmu Watan 3.0 (JIWA 3.0): Borneo Relawan (BORELA) 2025 yang dilaksanakan oleh mahasiswa 鶹Ƶ (UMS) bersama rakan kolaborasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disifatkan sebagai platform penting untuk memperkasa komuniti khususnya masyarakat luar bandar dan belia melalui pendekatan holistik.
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor berkata, program ini merangkumi enam pilar utama iaitu Pendidikan, Kesihatan, Keusahawanan, Transformasi Digital, Ketahanan Iklim serta Perpaduan dan Komuniti yang akan memberi manfaat terus kepada masyarakat di empat zon pelaksanaan iaitu Nabawan, Kalabakan, Betong dan Asajaya.
Kasim dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa program tersebut bukan sekadar program biasa namun ia memberi peluang kepada mahasiswa untuk memahami makna sebenar sukarelawan serta membina empati terhadap ujian dan permasalahan dalam kalangan masyarakat.
“JIWA 3.0 adalah tentang keberanian untuk turun bersama masyarakat, memahami realiti kehidupan sebenar mereka dan mencipta perubahan yang bermakna,” katanya.
Tambahnya, melalui aktiviti sukarelawan dan pemberian maklumat yang benar, ia mampu meningkatkan kualiti kehidupan komuniti setempat sekaligus menambah ilmu dan kesedaran dalam kalangan mahasiswa tentang kepentingan mempunyai jiwa sukarelawan.
Program Jelajah Ilmu Watan 3.0 (JIWA 3.0): Borneo Relawan (BORELA) 2025 berlangsung di Galeri Majlis, Bangunan Canselori 鶹Ƶ baru-baru ini.
Ia menghimpunkan seramai 122 peserta yang terdiri daripada 62 mahasiswa UMS, 30 mahasiswa UNIMAS dan 30 mahasiwa dari UPSI.



Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor menyifatkan program Inspirasi Varsiti 2025: Selangkah ke Menara Gading (SEMEGA) sebagai satu pentas pembangunan kepimpinan mahasiswa yang mengangkat nilai empati sosial, komunikasi efektif dan kecekapan pengurusan sebagai ciri utama pemimpin masa depan.
鶹Ƶ (UMS) terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa apabila menjadi tuan rumah bersama bagi Pertandingan Jemputan Antarabangsa Matematik Asia Pasifik 2025 (Final PAP 2025) yang berlangsung baru-baru ini.
鶹Ƶ (UMS) kini mengorak langkah sebagai peneraju dalam pembangunan sukan berasaskan teknologi dengan memperkasakan pendekatan analisis genetik dan data kesihatan dalam pematauan prestasi serta pembangunan atlet sabah.
Fakulti Sains dan Teknologi (FST), 鶹Ƶ (UMS) telah melaksanakan Program Professor@school Fasa-2, di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Petagas, baru-baru ini.