鶹Ƶ

鶹Ƶ (UMS) melakar sejarah baharu dalam perjalanan inovasi apabila melancarkan tiga syarikat pemula perniagaan (start-up) perintis di bawah Dasar Start-Up dan Spin-Off (SUSO) baru-baru ini.

Langkah ini dilihat sebagai manifestasi komitmen universiti dalam menterjemahkan kepakaran akademik kepada penyelesaian berimpak tinggi untuk masyarakat dan ekonomi.

Tiga syarikat yang dilancarkan ialah U Agro Resources Sdn. Bhd., yang memberi tumpuan kepada teknologi akuakultur mampan; Geo-Rintis Consultant & Services Sdn. Bhd., yang menawarkan khidmat perundingan geo-mapping; dan EcoInnovate Solutions Sdn. Bhd., yang membangunkan teknologi hijau untuk komuniti dan industri.

Penubuhan tersebut menandakan langkah berani UMS ke arah menjadi peneraju serantau dalam ekosistem inovasi yang digerakan universiti.

Timbalan Naib Canselor UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly berkata, pelancaran tersebut mencerminkan usaha universiti memupuk budaya inovasi, keusahawanan dan kelestarian dalam kalangan warga akademik.

“Warga akademik kita bukan sahaja menghasilkan ilmu, malah turut mencipta penyelesaian yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat dan ekonomi,” katanya.

Dasar tersebut menyediakan rangka kerja tersusun bagi membolehkan penyelidik menubuhkan entiti perniagaan sah dengan sokongan institusi, selaras dengan misi UMS dalam pembangunan mampan, pemindahan ilmu dan pemerkasaan komuniti.

Dengan penubuhan syarikat-syarikat itu, UMS dijangka membuka peluang baharu dalam kerjasama penyelidikan, penciptaan pekerjaan serta pengkomersialan, seterusnya memperkukuh kedudukan Sabah sebagai hab teknologi lestari dan perusahaan berasaskan ilmu.

鶹Ƶ (UMS) melalui Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) menerima kunjungan Profesor Dr. Omer Kurtbag dari Universiti Erciyes, Kayseri, Turkiye pada 25 hingga 29 Ogos 2025.

Dekan FSSK, Profesor Dr. Asmady Idris berkata, lawatan itu bertujuan menilai Program Hubungan Antarabangsa termasuk struktur kursus, tenaga pengajar, program prasiswazah dan pascasiswazah, selain kemudahan yang disediakan bagi meningkatkan kualiti program setanding piawaian antarabangsa.

“Lawatan Profesor Omer turut membuka peluang kerjasama akademik serta pertukaran pelajar dan pensyarah, sekali gus memperkukuh agenda pengantarabangsaan UMS.

“Pandangan serta saranan beliau amat berharga dalam usaha fakulti meningkatkan kualiti pengajaran dan penyelidikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semasa kunjungan hormat kepada Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, kedua-dua pihak membincangkan usaha menaik taraf Surat Hasrat (LoI) sedia ada kepada Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dan Universiti Erciyes.

Sesi itu turut menyaksikan pelancaran rasmi Malaysia–Turkiye Relations: Sabah Chapter yang menjadi pencapaian penting dalam hubungan akademik dan budaya kedua-dua negara.

Dalam program tersebut, Profesor Omer turut bertemu dua pelajar Tahun Dua Program Hubungan Antarabangsa UMS yang menerima biasiswa Türkiye Scholarships (TIES) untuk mengikuti program pertukaran akademik jangka pendek di Turkiye.

Beliau juga menyampaikan syarahan bertajuk “The Evolution of Turkish Foreign Policy in the Middle East and Asia: Recalibrating Strategic Depth” yang mendapat sambutan daripada pelajar dan pensyarah, serta memberi perspektif baharu mengenai pendekatan strategik Turkiye dalam politik global.

“Graduan Hubungan Antarabangsa UMS menunjukkan kebolehpasaran tinggi dengan sebahagian besar memperoleh pekerjaan dalam sektor awam dan swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” tambah Profesor Omer dalam ucapan penutupnya.

Turut hadir pelajar pascasiswazah dan ahli Kelab Hubungan Antarabangsa (HA15) FSSK.

鶹Ƶ (UMS) memperkukuh peranan sebagai pusat ilmu dan inovasi dengan penubuhan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN), sekali gus menjadikan UMS sebagai hab rujukan utama Borneo dalam bidang sains sukan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata kerjasama penubuhan pusat itu adalah mercu tanda penting dalam pembangunan sukan di Sabah dan simbol kerjasama strategik universiti malaysia sabah dengan agensi nasional.

Katanya ia juga menjadikan UMS sebagai hab rujukan utama bidang kejurulatihan, fisiologi sukan, nutrisi, biomekanik, teknologi sukan dan pengesanan bakat.

“Selain itu, kerjasama penubuhan pusat ini akan menjadi platform penyelidikan dan pembangunan sains sukan serta memberi khidmat kepakaran kepada atlet, jurulatih dan pihak berkepentingan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Satelit ISN di Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) UMS, baru-baru ini.

Kasim turut menekankan bahawa langkah penubuhan ISN itu selaras dengan peranan UMS sebagai The Brain of Borneo yang sentiasa mendukung agenda pembangunan sukan berasaskan ilmu, inovasi dan teknologi.

Tambah beliau, kerjasama ini akan melahirkan lebih ramai pakar sains sukan tempatan sekali gus memperkukuh ekosistem sukan berprestasi tinggi di Sabah.

Sementara itu, Dekan FPPS, Profesor Madya Dr. Soon Singh Bikar Singh berkata kewujudan pusat itu membuka ruang lebih luas kepada FPPS untuk memperkukuh pengajaran, pembelajaran, memperluas jaringan penyelidikan, serta memberi peluang pelajar melibatkan diri dalam projek berimpak tinggi dan penyelidikan pascasiswazah.

Majlis turut diserikan dengan sesi menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoA) antara UMS dan ISN yang mengukuhkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkasa pembangunan sukan berasaskan ilmu, teknologi dan inovasi.

MoA tersebut memberi tumpuan kepada penyediaan khidmat kepada atlet, sesi ilmu dan amalan bagi meningkatkan prestasi sukan negara, menggalakkan kekuatan serta ketahanan tubuh serta menghasilkan inovasi berasaskan penyelidikan.

Hadir sama Pengerusi Lembaga ISN, Datuk Amrina Chin, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Vellapandian Ponnusamy serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.

鶹Ƶ (UMS) terus mengukuhkan keterlihatan antarabangsa melalui pemeteraian Surat Niat (Letter of Intent, LOI) bersama Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Universitas Pancasila (UP) dalam satu majlis yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini.

Perjanjian persefahaman ini melibatkan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), UMS yang diwakili oleh Dekan FPEP, Profesor Madya Dr. Mohd Rahimie Abdul Karim, manakala pihak UP diwakili oleh Wakil Dekan II, Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Dr. Erwin Permana.

Seminar ilmiah khas bertajuk “Bridging SDGs and Islamic Ethics: Community Empowerment and Green Halal Consumerism in Southeast Asia” turut diadakan dengan menampilkan dua pembentang utama, iaitu Dr. Nurul Hilmiyah dari UP dan Profesor Madya Dr. Jakaria Dasan dari UMS.

Seminar itu menekankan kepentingan menggabungkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan nilai etika Islam dalam usaha pembangunan komuniti. Kedua-dua pembentang turut membincangkan strategi intervensi berstruktur yang mampu memperkasakan masyarakat melalui pendekatan pembangunan holistik.

Menurut Jakaria, pendekatan bersepadu yang mengintegrasikan pengetahuan pembangunan komuniti, nilai Islam, dan kerangka SDG bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar, malah memperkukuh amalan kepenggunaan halal yang lestari di Asia Tenggara.

“Seminar ini membuka perspektif baharu kepada para akademik tentang realiti pembangunan akar umbi dan kepentingan pendekatan holistik yang merangkumi dimensi ekonomi, sosial, budaya, alam sekitar serta etika Islam,” katanya.

Kejayaan penganjuran seminar ini turut memperkukuh hubungan akademik antara UMS dan institusi pengajian tinggi di Indonesia.

Ia juga menjadi platform strategik untuk memperluas kerjasama dalam aktiviti kemasyarakatan, penyelidikan serta pembangunan komuniti berteraskan prinsip SDG.

Hadir sama ialah Profesor Madya Rosle Mohidin dan Dr. Mohamad Isa Abd Jalil dari UMS.

Seramai 61 pelajar tahun dua Program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ), 鶹Ƶ (UMS) telah menyertai Kem Ukur 2025 yang berlangsung di Pusat Sejadi Hutan Lipur Kawang, Papar, Sabah, baru-baru ini.

Kem ini diketuai oleh pensyarah FKJ, Sr. Ts. Br. Dr. Asmawan Mohd Sarman dengan matlamat utamanya adalah untuk menghubungkan pembelajaran teori di bilik kuliah dengan amalan kerja lapangan sebenar.

Menurut Dr. Asmawan, kem tersebut dirancang bagi memberikan pemahaman yang jelas dan pendedahan praktikal kepada pelajar mengenai teknik ukur tanah menggunakan peralatan moden seperti total station dan levelling.

Katanya ia juga menekankan aspek kemahiran insaniah seperti kerja berpasukan, komunikasi, kepimpinan dan kemahiran penyelesaian masalah dalam situasi mencabar.

“Kerja ukur merupakan asas kepada semua projek kejuruteraan awam. Kem ini bukan sahaja mengasah kemahiran teknikal, malah membentuk daya tahan fizikal dan mental pelajar dalam situasi lapangan,” katanya.

Sepanjang kem, peserta terlibat dalam pelbagai tugasan seperti open and closed traverse, levelling, tacheometry dan pemetaan kontur.

“Aktiviti ini memerlukan ketelitian dalam pengumpulan data, pengiraan yang tepat serta kerjasama berpasukan.

“Setiap pelajar turut diberi peluang mengendalikan peralatan, merekod bacaan dan menyemak hasil pengukuran.

“Selain aspek teknikal, kem ini juga mengajar pelajar tentang pengurusan masa, perancangan logistik dan membuat keputusan di bawah tekanan serta kemahiran penting untuk kerjaya masa hadapan,” katanya.

Hutan Lipur Kawang dipilih kerana persekitaran semula jadinya yang mencabar dengan variasi bentuk muka bumi, sekali gus menguji kebolehan pelajar menyesuaikan diri.

Pengarah Kem, Azrin Azahari berkata, selain meningkatkan kemahiran teknikal, kem ini turut merapatkan hubungan antara pelajar, menguji kemampuan menyesuaikan diri dengan berkesan.

“Kem ini bukan sahaja memperkukuh penguasaan ilmu kejuruteraan awam, tetapi juga memupuk semangat kerjasama dan ketahanan diri.

“FKJ berharap program seumpama ini akan terus dijalankan bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten secara teknikal, tetapi juga memiliki kemahiran insaniah dan daya tahan untuk cemerlang dalam profesion kejuruteraan,” katanya.