鶹Ƶ

鶹Ƶ (UMS), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Elsevier telah menganjurkan Elsevier-Borneo Higher Education Research Summit 2025 yang mengumpulkan kira-kira 150 peserta di rantau Borneo, baru-baru ini.

Persidangan yang bertemakan “Innovating through Ideas: Bridging Research and Impact” itu memfokuskan agenda memperkukuh ekosistem penyelidikan dan menyerlahkan peranan penyelidikan akademik dalam memajukan pelancongan lestari dan pemeliharaan budaya.

Selain itu, penganjuran persidangan tersebut turut menggalakkan sesi dialog antara pihak akademik, industri dan pembuat dasar.

Majlis perasmian persidangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud di Kota Kinabalu.

Mustapha dalam ucapannya berharap kerjasama strategik antara UMS dan KPT akan dapat meningkatkan kapasiti penyelidikan, kecemerlangan akademik di samping penggunaan data dalam penghasilan keputusan di universiti dalam negara.

‘’Sejajar dengan hasrat Malaysia untuk berada di hadapan dalam aspek inovasi dan kecemerlangan akademik, kepentingan kerjasama antara kerajaan, akademia, dan industri untuk mendorong inovasi dalam landskap penyelidikan global yang semakin mencabar,’’ katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata selari dengan slogan “Brain of Borneo”, UMS komited menjadi pusat penyelidikan yang menggabungkan ilmu tempatan dan kecemerlangan akademik yang berpaksikan kearifan lokal yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat menerusi penyelidikan berimpak sosial dan ekonomi.

Menurut beliau, kemajuan teknoogi turut memberi ruang kepada inovasi penyelidikan yang lebih holistik.

“Kemajuan dalam AI dan analitk data boleh dimanfaatkan untuk menangani isu biodiversiti, perubahan iklim dan pembangunan mampan,” katanya.

Pengarah Serantau, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand Elsevier, Omar Malik selaku penganjur bersama berharap penganjuran persidangan itu akan mengukuhkan lagi ekosistem penyelidikan Borneo dan membina kerjasama yang memberi kesan jangka panjang kepada masyarakat.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Invoasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Naib Presiden Global Strategic Networks-APAC Elsevier, Dr. Anders Karlsson; Penolong Naib Canselor dan Naib Presiden (Penyelidikan, Inovasi dan Kelestarian) Universiti Brunei Darussalam, Dr. Abdul Hanif Mahadi serta Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit.

Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan budaya integriti dan tadbir urus cemerlang dalam institusi pengajian tinggi, 鶹Ƶ menerusi Bahagian Integriti UMS (BIUMS) telah mengadakan pertemuan bersama wakil dari persatuan-persatuan kakitangan di UMS.

Pertemuan tersebut berlangsung dalam satu Majlis Bersama BIUMS dan Persatuan-Persatuan Kakitangan Akademik, Pegawai Profesional serta Kakitangan Sokongan di Bangunan Canselori.

Majlis tersebut menghimpunkan BIUMS bersama barisan kepimpinan utama persatuan kakitangan UMS, antaranya Presiden Persatuan Staf Akademik dan Iktisas (PSAUMS), Prof. Madya Dr. Mohd. Nor Azan Abdullah; Setiausaha Persatuan Himpunan Ilmuan UMS (HiUMS), Salmie Jemon @ Suhaina; Presiden Persatuan Pegawai Profesional UMS (PPUMS), Molly Donna Awang Sham; dan Pengerusi Kesatuan Kakitangan Am UMS (KEKAUMAS), Ts. Dakir Manap.

Pengarah BIUMS, Darwis Awang dalam satu kenyataan menjelaskan, program tersebut adalah satu langkah penting dalam menjalin kerjasama strategik antara BIUMS dan semua persatuan kakitangan di UMS.

“Ini bagi memastikan pelaksanaan nilai integriti menjadi amalan kolektif, bukan sekadar tanggungjawab satu pihak.

“UMS akan terus komited untuk menjadi contoh universiti awam yang mengutamakan ketelusan, akauntabiliti, dan nilai murni dalam pengurusan, selaras dengan matlamat menjadikan institusi ini peneraju integriti di peringkat nasional,” katanya.

Komitmen BIUMS itu turut mendapat sokongan dari wakil persatuan kakitangan UMS, dengan Molly Donna menegaskan kepentingan BIUMS untuk terus berkolaborasi secara proaktif dengan semua lapisan staf melalui saluran yang telus dan inklusif.

Sementara itu, Ts. Dakir pula menekankan bahawa peranan kesatuan kakitangan bukan sahaja melindungi hak ahli, tetapi juga bertanggungjawab mendidik tentang kepatuhan dan integriti organisasi.

Dalam perkembangan lain, Darwis memaklumkan penubuhan rasmi BIUMS sebagai sebuah badan bebas dalaman pada 28 April 2025 adalah hasil keputusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang menyokong aspirasi pemantapan fungsi integriti di Universiti Awam, selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Bahagian ini bukan sekadar pemantau, tetapi rakan strategik kepada seluruh warga universiti untuk membudayakan nilai-nilai integriti, etika kerja profesional dan tadbir urus yang berwibawa.

“BIUMS beroperasi secara bebas dari sebarang pengaruh pentadbiran dan terus melapor kepada LPU bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan fungsinya yang merangkumi lima bidang utama, iaitu integriti, pengurusan aduan, pengesanan dan pengesahan, pematuhan, serta tadbir urus,” ujar beliau.

Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor mengingkatkan para pelajar agar menggunakan keistimewaan dan peluang yang disediakan di universiti sebagai tanggungjawab kepada ibu bapa, keluarga dan universiti.

Beliau menasihatkan para pelajar untuk memperkukuh iltizam serta menzahirkan usaha dalam menuntut ilmu dengan menyertai program-program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan.

Katanya juga, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pelajar untuk menjaga nama baik dan imej universiti sepanjang pengajian.

’’Sebagai pelajar universiti sama ada di peringkat asasi, sarjana muda mahupun sarjana doktor falsafah, anda adalah ejen dan duta kecil UMS. Kalau anda berada di luar, anda membawa imej universiti.

’’Bagaimana gerak geri anda sebagai pelajar universiti, ia mewakili keseluruhan pelajar UMS. Janganlah disebabkan tindak tanduk di luar sebagai pelajar, anda tidak berlaku adil kepada pelajar yang lain di UMS yang semuanya fokus kepada kecemerlangan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Lafaz Ikrar dan Perasmian Penutupan Minggu Suai Mesra Pelajar Baharu Program Asasi UMS sesi 2025/2026 di Dewan Canselor UMS pada Khamis.

Selain itu, Kasim berkata UMS bertekad untuk menjadi pusat penyebaran ilmu pengajian pendidikan tinggi yang berkualiti kepada para pelajar serta melahirkan graduan yang bukan sahaja mengkhusus tetapi seimbang dan berketerampilan.

’’Universiti wujud disebabkan permintaan masyarakat sekeliling yang ingin melihat perubahan hidup menerusi pendidikan tinggi.

’’Selain bekalan transkrip akademik yang bakal dibawa untuk memasuki alam pekerjaan, aspek-aspek lain seperti keterlibatan dalam aktiviti universiti juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri,’’ katanya.

Terdahulu, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS, ChM. Dr. Newati Wid berkata pihaknya komited untuk meneruskan misi menyediakan lebih ramai pelajar program prasiswazah pada masa akan datang.

’’Tahun ini program Asasi UMS sesi 2025/2026 menerima seramai 566 pelajar melibatkan pelajar Asasi Sains (430), Asasi Teknologi Maklumat (56), Asasi Agrisains (28) dan program baharu Asasi Sains Sosial (53).

’’Ke semua program asasi adalah satu proses peralihan yang akan ditempuh oleh para pelajar, peralihan daripada budaya persekolahan kepada budaya pembelajaran kendiri di peringkat universiti.

’’Kita akui bahawa para pelajar bakal berdepan dengan pelbagai cabaran baharu. Oleh yang demikian, gunakanlah fasa pengajian selama setahun ini untuk meneroka dan mempelajari sebanyak mungkin ilmu demi menyahut misi UMS untuk mewujudkan universiti dengan teras keilmuan, inovasi dan kemanusiaan,’’ katanya.

Lafaz ikrar pelajar baharu program Asasi UMS diketuai oleh Jeremy Landa Juil.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Rossita Shapawi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin dan Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS, ChM. Dr. Newati Wid.

Budaya kerja cemerlang harus dijadikan keutamaan demi memastikan universiti dapat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan efisien.

Selari dengan hasrat tersebut, Persatuan Pegawai Pengurusan Dan Profesional 鶹Ƶ (PPUMS) telah mengadakan Program Team Building baru-baru ini bagi memperkukuh semangat berpasukan serta membina sinergi dalam kalangan pegawai pengurusan dan profesional universiti.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, program itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan hubungan dan jalinan kerjasama dan semangat berpasukan di samping memupuk kesefahaman dan hubungan yang lebih erat antara ahli pasukan melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan interaksi dan kerjasama ahli.

“Selain meningkatkan prestasi kerja secara kolektif, program ini turut memperkuat budaya kerja secara positif yang berteraskan kepada prinsip integriti, tanggungjawab dan saling hormat-menghormati dan paling utama melahirkan rasa kepunyaan dan kebersamaan dalam kalangan pegawai terhadap universiti.

“Sesungguhnya program sebegini mampu mengoptimumkan potensi individu dan kumpulan dengan meneroka kekuatan serta gaya kerja setiap ahli untuk dimanfaatkan dalam membentuk pasukan yang lebih efektif dan seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Kundasang.

Tambah Kasim, beliau percaya entiti seperti persatuan kakitangan mampu menjadi jambatan untuk memastikan kebajikan kakitangan sentiasa terjaga serta isu-isu di tempat kerja dapat diatasi bersama.

Terdahulu, Presiden PPUMS, Molly Donna Datuk Hj. Awang Sham memaklumkan seramai 76 orang pegawai pengurusan dan profesional UMS daripada pelbagai gred dan skim telah hadir sebagai peserta untuk program yang dijalankan sepanjang dua hari tersebut.

“Di antara pengisian program adalah komunikasi berkesan, pembentukan pasukan, penyelesaian masalah dan pembuat keputusan, kepimpinan dan tanggungjawab, kepercayaan dan kebergantungan, motivasi dan nilai organisasi, pengurusan konflik dan empati serta aktiviti luar dan simulasi permainan.

“Pegawai yang berintegriti dan bersatu hati bukan sahaja mampu menggerakkan organisasi, tetapi membina asas kukuh bagi kecemerlangan universiti,” ujar beliau.

Turut sama menjayakan program Team Building PPUMS Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Jamal Norubit @ Nerubi yang hadir sebagai wakil jemputan khas PPUMS dalam slot perkongsian khas, selain Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan Pengarah Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Zahed Saidin.

Seramai 12 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor-SUKSIS) 鶹Ƶ (UMS) berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu dalam satu ekspedisi latihan luar bilik darjah.

Ekspedisi itu merupakan platform latihan sahsiah, disiplin, kepimpinan dan pengurusan kendiri bagi pelatih tahun akhir SUKSIS, dengan penganjuran penuh oleh para mahasiswa sendiri serta penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sokongan teknikal daripada Taman-Taman Sabah.

Menurut Pengarah Program, Mohammad Azmir bin Misnani, ekspedisi itu bukan sekadar latihan fizikal, tetapi satu pengalaman pembelajaran berasaskan cabaran sebenar yang menguji ketahanan mental, semangat berpasukan dan kecekapan membuat keputusan dalam persekitaran berisiko tinggi.

“Kami berlatih untuk berbakti, bukan hanya dalam bilik kuliah, tetapi juga di alam nyata. Gunung Kinabalu menjadi medan sebenar kami menilai diri dan pasukan.

“Program seumpama ini membuktikan bahawa pembentukan sahsiah dan disiplin dalam kalangan mahasiswa tidak semestinya terhad kepada ruang akademik semata-mata, tetapi mampu disuburkan melalui pengalaman lapangan yang mencabar, reflektif dan membina jati diri.

“Ekspedisi ini juga memberi impak langsung kepada pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya menggalakkan keseimbangan mental dan kecergasan fizikal dalam kalangan mahasiswa (SDG 3), menyediakan ruang pembelajaran tidak formal dan pembangunan kemahiran insaniah (SDG 4) dan meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan biodiversiti di kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO (SDG 15),’’ katanya.

Pada ekspedisi tersebut, para peserta berjaya menggibarkan bendera UMS, PDRM, Kor-SUKSIS dan Tabung Pendidikan Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sebagai penaja utama ekpedisi ini di puncak Gunung Kinabalu sebagai lambang kejayaan misi dan iltizam terhadap nilai integriti, ketahanan dan kepimpinan.

Sementara itu, Acp/Ks Prof. Ir. Dr. Rosalam bin Haji Sabartly, Komandan Kor-SUSKIS UMS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya mendaki sampai ke puncak gunung Kinabalu.

“Program ini adalah lambang daya tahan mental dan fizikal, semangat berpasukan dan kerjasama. Komandan berharap kerjasama PDRM dan UMS terus erat terutama dalam program anjuran Kor-SUKSIS.

“Di samping itu juga, pengajuran ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu yang julung kali diadakan ini harus dijadikan aktiviti tahunan bagi pelatih Kor-SUKSIS UMS,” katanya.

Hadir sama Ketua Cawangan Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Sabah, DSP Chai Yee Siang; Ajutan Kor-SUKSIS UMS, DSP/KS Mohd Edrus Othman dan Pegawai Penyeralas Kor-SUKSIS UMS, ASP Mohd Fairul Mohd Shah.