鶹Ƶ meraikan 533 kakitangan dan pesara dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) 2025, sebagai bentuk penghargaan atas dedikasi dan sumbangan mereka dalam menjayakan agenda kecemerlangan universiti.
Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj Mansor, penganugerahan ini adalah simbol penghargaan universiti terhadap dedikasi dan jasa kakitangan yang menjadi tulang belakang kejayaan institusi.
“Setiap penerima anugerah adalah contoh teladan kepada warga UMS. Pengiktirafan ini bukan sekadar penghargaan, tetapi inspirasi untuk terus berkhidmat dengan integriti dan inovasi,” katanya.
Majlis berprestij tersebut meraikan penerima anugerah dalam lapan kategori utama, antaranya Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Sanjungan Budi, Anugerah Jasa Setia, Anugerah Jasa Bakti, Anugerah Inovasi, Anugerah Khas Naib Canselor dan kategori baharu, Anugerah Mutiara.
Majlis AKU 2025 dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan di The Klagan Regency 1Borneo, Kota Kinabalu baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, seramai 1,695 kakitangan turut menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) berbentuk e-sijil kerana mencapai markah prestasi tahunan 90 peratus dan ke atas.
Pusat Pengajian Pascasiswazah dinobatkan sebagai Johan bagi Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik manakala Pusat Alumni UMS menerima pengiktirafan Johan Anugerah Transformasi Digital.
Hadir sama adalah Ahli Lembaga Pengarah UMS, Profesor Dr. Baba Musta; Timbalan Naib Canselor (Penyelidkan dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar serta Bendahari UMS, Datuk Badrul Hisham Ismail.
Majlis tersebut juga menampilkan konsep pengurusan moden yang ditekankan Naib Canselor melalui penerapan “Efficient Frontier”, iaitu strategi penggunaan sumber universiti secara optimum merangkumi sumber manusia, teknologi dan sistem penyampaian.



鶹Ƶ (UMS) telah menjayakan Simposium Integriti dan Hikmah sebagai satu wadah perbincangan terhadap nilai integriti dan hikmah dalam menghadapi cabaran dunia moden yang semakin kompleks.
鶹Ƶ (UMS) dengan kerjasama Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menganjurkan Bengkel Penyelidikan: Integrating Generative AI & Canva in Problem-Based Learning Strategy for Academics baru-baru ini sebagai usaha memperkasa strategi pembelajaran berasaskan masalah di institusi pengajian tinggi.
Inisiatif pelajar tahun dua Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) 鶹Ƶ (UMS) terhadap usaha mengintegrasikan teknologi dalam pertanian pintar mendapat pengiktirafan apabila berjaya dinobat sebagai juara bagi SDG Agent Grant Pitching 2025 yang berlangsung secara dalam talian baru-baru ini.
Kejohanan Sukan Tahunan Malaysia-Thailand (MASTHAI) 2025 Edisi ke-15 yang mempertemukan siswa-siswi dari kedua-dua negara mampu menjadi platform dalam memupuk semangat persahabatan dan perpaduan dalam persaingan acara sukan.