鶹Ƶ (UMS) meraikan Sambutan Hari Gajah Sedunia 2025 peringkat universiti yang berlangsung di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS, baru-baru ini dengan menekankan peranan penting pemuliharaan gajah Borneo.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, pemuliharaan gajah merupakan amanah kolektif melibatkan kerajaan, sektor swasta, NGO, komuniti tempatan, institusi pendidikan dan setiap individu.
“Pemuliharaan bukan hanya tentang menyelamatkan gajah, tetapi juga tentang masa depan kita.
“Generasi muda harus menjadi penggerak, bukan sekadar pemerhati dan setiap dari kita boleh memainkan peranan sama ada melalui pendidikan, penyelidikan, advokasi atau gaya hidup yang lebih mesra alam,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena program Sambutan Hari Gajah Sedunia 2025 peringkat UMS.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.
Tambah Abdul Rahman, usaha UMS melalui IBTP dalam memacu penyelidikan biodiversiti wajar dipuji khususnya dalam kajian berkaitan pemuliharaan gajah Borneo.
“Kejayaan ini diperkuat dengan pengiktirafan antarabangsa yang diperoleh oleh penyelidik IBTP, Dr. Nurzhafarina Othman yang menerima pengiktirafan sebagai penerima anugerah Whitley 2025, sekali gus mengangkat nama UMS di persada global.
“Kerjasama strategik antara UMS dan NGO Seratu Aatai juga telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penyelidikan terhadap tingkah laku gajah, pendidikan komuniti, dan penglibatan masyarakat dalam mitigasi konflik gajah dan manusia.
“Usaha-usaha ini menjadi contoh pendekatan holistik yang wajar diteruskan,” ujarnya.
Pada sambutan tersebut, turut diadakan sesi perkongsian ilmu, pameran interaktif serta program kesedaran yang melibatkan pelbagai pihak sebagai usaha memperkukuh pemahaman masyarakat tentang pentingnya melindungi spesies gajah pigmi Borneo yang unik.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj Sarbatly, Pengarah IBTP UMS, Profesor Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim dan Pengerusi Seratu Aatai, Dr. Fauzi Sarjono.



Hospital 鶹Ƶ (HUMS) dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) telah melancarkan Program Inovatif Kesihatan Mental Remaja di HUMS baru-baru ini.
鶹Ƶ (UMS) sekali lagi mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Sustainability Team of the Year: Green Technology Innovation dalam Malaysia Sustainability Leadership Awards 2025 yang berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), 鶹Ƶ (UMS) telah dijemput untuk berkongsi kepakaran pensyarah dan pelajar Teaching English as a Second Language (TESL) dalam Kem Sanggar Bahasa Generasi MADANI Peringkat Daerah Tuaran 2025.
Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar (UPPLB), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), 鶹Ƶ (UMS) menganjurkan Program Kembara Mobiliti Ilmu dan Budaya Sabah Onsoi Tahun 2025 di Kampung Kobuni, baru-baru ini.