KHAMIS, 6 OKTOBER – Penganjuran Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) Fasa 3 di Dewan Kuliah Pusat 2, 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan hampir 80 orang peserta dari dalam dan luar UMS.
Seminar DDMM anjuran bersama Pusat Islam UMS, Hidayah Centre Sabah dan Pertubuhan IKRAM Malaysia Cawangan Sabah telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Islam UMS, Dr. Mohd. Suhaimi Taat.
Dalam ucapannya beliau berkata, penganjuran ini sangat bertepatan kerana masyarakat kini perlu memahami kewajiban berdakwah dan menyampaikan Islam kepada masyarakat berbilang kaum secara mudah tanpa menyakiti kaum lain sambil menjaga keharmonian antara budaya dan agama masyarakat.
“Harapan saya pada masa akan datang agar lebih ramai peserta daripada kalangan saudara baharu dan kakitangan UMS agar lebih memahami tanggungjawab dakwah dalam masyarakat majmuk melalui interaksi bersama penceramah secara langsung,” katanya.
Pengisian seminar selama dua hari itu dikendalikan oleh enam Penceramah jemputan iaitu Ustaz Haji M. Rapi Manji dari SMKA Limauan, Haji Marsus Jabar dari UiTM Sabah, Surahman Salam dari SMK Benoni, Papar serta penceramah dari Hidayah Centre 鶹Ƶ, Tuan Haji Burhanuddin A. Ghani, Wan Muhammad Wan Ibrahim dan Joannes Lukas. -SM



RABU, 5 OKTOBER – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita 鶹Ƶ (KESUMBA) telah mengadakan kunjungan hormat ke PUSPANITA Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sabah hari ini.
RABU, 5 OKTOBER – Kontinjen Polis Bantuan 鶹Ƶ (UMS) muncul naib johan pertandingan kawad istiadat perbarisan bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi bersempena Hari Jadi Rasmi Ke-63 Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabtu lalu.
SELASA, 4 OKTOBER - Taklimat Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja (MPKFM) yang diadakan buat julung kalinya baru-baru ini berjaya menarik penyertaan 80 Pegawai Rekod dan Kakitangan Sokongan Bukan Akademik 鶹Ƶ (UMS).