- Jumlah paparan: 8230
Galeri Azman Hashim UMS, Mercu Tanda Ikonik Universiti Akan Dibina Awal Tahun Depan
KHAMIS, 13 OKTOBER – Pembinaan Galeri Azman Hashim UMS, sebuah lagi mercu tanda ikonik di kampus 鶹Ƶ (UMS) akan dimulakan awal tahun depan.
Perkara ini dinyatakan dalam satu pertemuan antara wakil Yayasan Tan Sri Azman Hashim, Mohd Fadzil Abd Hamid yang juga merupakan Pengurus Besar Kanan AmCorp, dengan Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah baru-baru ini.
Mohd Fadzil turut menyampaikan taklimat tentang pembinaan Galeri Azman Hashim UMS yang telah diumumkan secara rasmi dalam siri Syarahan Kinabalu bersama Tan Sri Azman Hashim, dan majlis pecah tanah yang berlangsung pada 7 Oktober tahun lalu.
Perbincangan yang diadakan di HoteLab, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Shahril Yusof; Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Profesor Dr. Ismail Ibrahim, dan Dekan FPEP, Profesor Madya Dr. Raman Noordin.
Ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Azman Hashim, pembinaan projek galeri berjumlah RM15 juta itu akan bermula awal tahun depan dan akan mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan.
Galeri Azman Hashim UMS bakal dibina menghadap Teluk Likas dengan pemandangan panorama Kota Kinabalu. Bangunan ini juga mempunyai struktur bulat dan ruang pameran tertutup dan terbuka serta berkoridor. Bilik seminar dan ruang konservatori turut dibina di tingkat atas galeri.
Sumber: Sarlona Gindug, FPEP



KHAMIS, 13 OKTOBER - 鶹Ƶ (UMS) terus komited dalam memastikan para pelajarnya sentiasa mendapat pendedahan kepada industri agar ia mampu menjadi persediaan mereka berdepan dunia kerjaya kelak.
RABU, 12 OKTOBER – Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah menyarankan agar pengurusan kewangan universiti dapat memfokuskan kepada perbelanjaan yang memberi impak kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) universiti.
SELASA, 11 OKTOBER - Exco Hubungan Korporat, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman E telah mengadakan program sekolah angkat siri IV bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek Kota Marudu baru-baru ini.
TUESDAY, 11 OCTOBER – A collaboration between 鶹Ƶ (UMS) and Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) had resulted in the publication of a book on Sabah ethnics, ‘Tinimungan Tangon Kadazandusun’.