JUMAAT, 14 OKTOBER - Proses Penamaan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) 鶹Ƶ (UMS) berjalan lancar hari ini.
Di kampus induk Kota Kinabalu, proses penamaan calon telah berlangsung di Anjung Siswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi.
Ia menyaksikan seramai 16 calon bakal bertanding bagi Kerusi Umum yang dipertandingkan pada (PMPP) UMS 19 Oktober ini.
Sementara itu, Kerusi Fakulti pula memperlihatkan calon-calon bagi Pusat Pengajian Pascasiswazah dan empat fakulti mencatatkan kemenangan tanpa bertanding.
Fakulti tersebut ialah Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Sumber Alam serta Fakulti Komputeran dan Informatik.
Pengumuman nama calon-calon yang bertanding disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni , Prof. Madya Dr. Ismail Ali.
Beliau turut berpesan agar calon-calon yang bertanding berkempen secara berhemah dan matang.
Dr. Ismail juga menyeru para pelajar UMS untuk menunaikan tanggungjawab bagi membuang undi pada tarikh ketetapan tersebut.



JUMAAT, 14 OKTOBER – Pendekatan Gamifikasi yang menerapkan budaya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran mampu menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik dan interaktif, sekali gus meningkatkan kualiti terhadap kaedah P&P tersebut.
JUMAAT, 14 OKTOBER - Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan, 鶹Ƶ telah menganjurkan "Kursus Pengenalan dan Aplikasi Pembinaan Modul latihan" baru-baru ini.
KHAMIS, 13 OKTOBER – Pembinaan Galeri Azman Hashim UMS, sebuah lagi mercu tanda ikonik di kampus 鶹Ƶ (UMS) akan dimulakan awal tahun depan.
KHAMIS, 13 OKTOBER - 鶹Ƶ (UMS) terus komited dalam memastikan para pelajarnya sentiasa mendapat pendedahan kepada industri agar ia mampu menjadi persediaan mereka berdepan dunia kerjaya kelak.