KHAMIS, 27 Oktober - Peluang melakukan kerja lapangan dalam bidang pertanian, menjadi pendorong kepada bekas pelajar Fakulti Pertanian Lestari (FPL), 鶹Ƶ (UMS), Ahmad Shafiq Ahmad Sabirin meneroka bidang itu dengan lebih luas selepas tamat pengajian.
Bergraduat pada tahun 2012 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian (Hortikultur dan Landskap), tidak menghalang beliau untuk mencuba nasib dalam bidang tanaman cili geronong setelah kembali ke Kuching, Sarawak pada tahun 2014.
Beliau yang meminati makanan pedas, menjadikan faktor tersebut untuk berjinak-jinak membuka kebun dengan menyewa tapak di Politeknik Sandakan dengan membuat fertigasi cili padi
"Saya turut mengagihkan hasil tanaman cili tersebut kepada pelajar-pelajar Politeknik Sandakan sebagai salah satu usaha khidmat sosial,” ujarnya.
Ahmad Shafiq memasarkan produk sos cili geronong berjenama Hyefiq bermula pada tahun 2015 dan dijangka akan mula dijual di pasaraya Mydin dan Giant dalam masa terdekat.
Ditanya mengenai perancangan pada tahun 2017, Shafiq memberitahu bahawa beliau akan lebih menumpukan kepada penanaman cili geronong di tanah yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
"Buat masa ini, saya masih mendapatkan bekalan cili geronong daripada beberapa pembekal yang menanam secara ladang kontrak atau ladang kongsi. Saya percaya ini juga dapat membantu meningkatkan pendapatan orang kampung,” jelasnya.
Shafiq merupakan salah seorang graduan UMS yang menjadikan pengalaman belajar di universiti sebagai ‘One Stop Centre’ untuk mendapatkan ilmu keusahawanan.
"Ilmu keusahawanan perlu diterapkan dalam diri pelajar semasa mereka berada dalam kampus lagi agar selepas bergraduat, tidak perlu bergantung untuk mendapat pekerjaan kolar putih semata-mata," katanya.
Sumber: Pusat Alumni UMS



RABU, 26 OKTOBER - Kerjasama 鶹Ƶ (UMS) dengan sebuah Pusat Penyelidikan di China iaitu Heilongjiang Academy of Science (HAS) kini membuahkan hasil dengan penghasilan dua produk yang dinamakan Bawang Hitam (Black Garlic) dan Kulat Hitam (Black Fungus).
SELASA, 25 OKTOBER - Pusat Alumni 鶹Ƶ (UMS) mengadakan pertemuan dan sesi ramah mesra bersama alumni UMS di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
ISNIN, 24 OKTOBER - Seluruh warga 鶹Ƶ (UMS) bersedih atas pemergian mantan Ahli Lembaga Pengarah UMS yang juga tokoh tersohor pasukan keselamatan negara, Tan Sri (Dr.) Henry Chin Poy-Wu.
ISNIN, 24 OKTOBER - Hampir 1500 hadirin memenuhi Dewan Kuliah Pusat ke-2 鶹Ƶ (UMS) bersempena program Soaring Upwards : Let’s Talk Higher Education Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diadakan baru-baru ini.