KHAMIS, 3 NOVEMBER - Hampir 500 kakitangan dan pelajar 鶹Ƶ (UMS) membanjiri Dewan Resital UMS bagi mendengar siri Syarahan Kinabalu 2016 daripada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail.
Berlangsung pagi tadi, syarahan anjuran Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin dan Dekan FKSW, Prof. Dr. Ismail Ibrahim.
Dalam syarahannya, Tan Sri Razali berkata, setiap orang perlu mempunyai sifat hormat menghormati yang tinggi dalam kalangan diri masing-masing.
“Kita perlu memahami dan menghormati hidup dalam kepelbagaian termasuk menghormati golongan minoriti. Saya ingin mengambil contoh negara seperti Jepun yang begitu tinggi sahsiah jati diri terutama dalam mengamalkan budaya seumpama ini.
“Penduduk di Sabah rasanya arif tentang perkara ini kerana masyarakat disini lebih memahami hak-hak asasi manusia,” katanya.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Profesor UMS, Prof. Dato’ Mohd. Hamdan Haji Adnan.
Foto: Suzeanywati Gasinin



KHAMIS, 3 November - Seramai 38 orang rombongan yang terdiri daripada pelajar program Pembangunan Belia dan Komuniti Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) 鶹Ƶ (UMS) serta Kelab Pacuan Empat Roda WRS telah mengadakan ekspedisi ke Kg. Rundum Tenom, baru-baru ini.
RABU, 2 NOVEMBER - Sebanyak 105 kertas kerja dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Warisan dan Foklor Nusantara yang dianjurkan Unit Penyelidikan Warisan Borneo 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini.
RABU, 2 NOVEMBER - Sambutan Bulan Kreativiti dan Inovasi (Kreanova) 鶹Ƶ (UMS) melabuhkan tirai dengan jayanya di Dewan Resital baru-baru ini.
RABU, 2 NOVEMBER - Bersempena dengan Program Budaya Ilmu 鶹Ƶ (UMS) 2016, Penerbit UMS dengan kerjasama Perpustakaan UMS telah menganjurkan Bengkel Penulisan Ilmiah 2016: Tesis ke Buku baru-baru ini di Galeri Majlis, UMS.