SELASA, 6 DISEMBER – Satu Pertandingan Pameran Poster Penilaian Impak Sosial (SIA) diadakan di Lobi, Blok Sains Sosial, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), kelmarin.
Pensyarah SIA, Dr. Gaim James Lunkapis berkata, sebanyak 13 kumpulan terdiri daripada pelajar tahun akhir di bawah subjek Penilaian Impak Sosial menyertai pertandingan tersebut yang membincangkan isu-isu semasa di peringkat global dengan mengaplikasikan ilmu SIA.
“Antara objektif pertandingan ini adalah sebagai medan perkongsian ilmu pengetahuan bagi pelajar-pelajar SIA dengan orang ramai, rakan pelajar dan pensyarah tentang peri pentingnya SIA pada abad ke-21 ini,” katanya.
Menurut beliau, SIA merupakan satu laporan dan perancangan yang penting dalam memastikan hasil dan keputusan berkaitan pembangunan mengambil kira impak sosial terhadap komuniti dan individu agar hak asasi manusia terjamin.
“Ini juga secara tidak langsung menambah kebolehpasaran graduan kita,” tambah Dr. Gaim.
Acara pelbagai disiplin ini turut mendapat sambutan baik daripada pelajar dan juri program lain seperti Antropologi dan Sosiologi, Geografi dan Komunikasi.
Kumpulan 11 yang diwakili oleh Ennie Yap, Erwina Nuar, Shandra Paulus, Jessica Salapan dan Betty Pius dinobatkan sebagai juara pertandingan, manakala Kumpulan 8 dan Kumpulan 10 masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga. - FL
Sumber: Saravanan Sundara Sakaran, HA18 Geografi, FKSW



SELASA, 6 DISEMBER – Program Khatan Perdana 2016 anjuran Pusat Islam 鶹Ƶ (UMS) komited bantu meringankan beban ibu bapa bagi membiayai mengkhatan anak mereka.
ISNIN, 5 DISEMBER – Mantan Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 鶹Ƶ (UMS) Sesi 2014/2015, Mohd Farhan Firdaus Jeffri terpilih sebagai penerima Anugerah Nadi Negara 2016 baru-baru ini.
ISNIN, 05 DISEMBER - Sekumpulan pelajar tahun tiga dari Kursus Politik Alam Sekitar Antarabangsa (AS31503) 鶹Ƶ (UMS) melancarkan kempen menentang keganasan alam sekitar pada Ahad.
JUMAAT, 2 DISEMBER – Kolej Kediaman E, 鶹Ƶ (UMS) telah mengadakan program Majlis Pelantikan Pemimpin Kolej Kediaman E bagi sesi 2016/2017 bertempat di kafeteria Kolej Kediaman E.