KHAMIS, 22 DISEMBER - 鶹Ƶ (UMS) dengan kerjasama Majlis Profesor Negara (MPN), Utusan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menganjurkan Program Advokasi Ilmuan dengan tajuk ‘Terjaminkah Keselamatan di Sabah?’ bertempat di Dewan Resital UMS hari ini.
Program tersebut yang mula diajurkan pada tahun 2015 kali ini memilih isu keselamatan di Sabah untuk dibincangkan bersama ahli-ahli panel yang terdiri daripada para pakar dalam bidang masing-masing.
Antaranya, pensyarah Ekonomi dan Pengurusan UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansur; Dekan Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-undang Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Mohd Kamarulnizam Abdullah dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.
Pada forum tersebut, beberapa isu lain seperti ekonomi dan pelancongan turut dikupas oleh ahli panel memandangan Sabah merupakan sebuah negeri yang sering menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negera.
Turut hadir, Presiden MPN Profesor Datuk Dr. Raduan Che Rose.
Foto: Musaab Umair



SELASA, 20 DISEMBER – Pendekatan secara menyeluruh sedang dikenal pasti melalui Bengkel 4th Pillar Workshop (Security-Defence) Kesban At Sea yang diadakan baru-baru ini bagi memastikan kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) terus dipertahankan daripada sebarang ancaman pencerobohan dan jenayah rentas sempadan.
SELASA, 20 DISEMBER – Program Majlis Pengajian Akbar : Kitab Bidayatul Hidayah anjuran Pusat Islam 鶹Ƶ (UMS) yang berlangsung baru-baru ini mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang yang turut serta pada majlis tersebut.
KHAMIS, 15 DISEMBER - Penerbit UMS sekali lagi mengharumkan nama 鶹Ƶ (UMS) di Anugerah Buku Negara 2016 apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Industri Buku bagi kategori Buku Perhutanan Terbaik.
KHAMIS, 15 DISEMBER – Seramai 29 kakitangan akademik 鶹Ƶ (UMS) yang menerima kenaikan pangkat diraikan dalam satu Majlis Meraikan dan Penyerahan Surat Tawaran di Galeri Majlis baru-baru ini.