RABU, 5 OKTOBER – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita 鶹Ƶ (KESUMBA) telah mengadakan kunjungan hormat ke PUSPANITA Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sabah hari ini.
Lawatan Muhibbah tersebut antara lain bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi ini melalui kelab wanita, dan memupuk hubungan baik dalam kalangan ahli-ahli kelab termasuk perbincangan tentang kerjasama dua hala.
PUSPANITA RTM Sabah diketuai oleh Setiausahanya, Raja Jamaliah Raja Mokhtar bersama beberapa orang ahli PUSPANITA menyambut delegasi KESUMBA seramai sembilan orang di perkarangan bangunan RTM.
Pengerusi KESUMBA Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Hayati Salleh Baihaki telah memberi taklimat tentang latar belakang KESUMBA termasuk aktiviti yang telah dijalankan pada tahun lepas.
Ahli-ahli kelab itu kemudian dibawa ke Bilik Berita, studio rakaman TV dan Studio Penyiaran SabahVfm dan Sabahfm.
Turut bersama dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua KESUMBA, Roha Asmara dan Ketua-ketua Biro KESUMBA yang lain. – FL



RABU, 5 OKTOBER – Kontinjen Polis Bantuan 鶹Ƶ (UMS) muncul naib johan pertandingan kawad istiadat perbarisan bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi bersempena Hari Jadi Rasmi Ke-63 Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabtu lalu.
SELASA, 4 OKTOBER - Taklimat Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja (MPKFM) yang diadakan buat julung kalinya baru-baru ini berjaya menarik penyertaan 80 Pegawai Rekod dan Kakitangan Sokongan Bukan Akademik 鶹Ƶ (UMS).
JUMAAT, 30 SEPTEMBER – 鶹Ƶ (UMS) sentiasa bersedia meneruskan komitmen dan kerjasama bersama agensi penguatkuasa khususnya dalam agenda pembangunan lestari sumber marin.
KHAMIS, 29 SEPTEMBER - Persatuan Pelajar Pascasiswazah (PSA), 鶹Ƶ (UMS) baru-baru ini menganjurkan Program Gemilang Pewaris Muda di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, Beaufort.