鶹Ƶ (UMS) terus memperkukuh peranan akademik dan komuniti melalui penganjuran Program Jom Masuk Hubungan Industri (IR) yang berlangsung di SMK Bongawan baru-baru ini.
Program anjuran Kelab Mahasiswa Program Hubungan Industri (INDREC) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) itu disasarkan kepada pelajar Tingkatan 4 dengan matlamat memberikan pendedahan awal tentang kepentingan hubungan industri dan pembangunan komuniti dalam dunia moden.
Ketua Program Hubungan Industri FSSK UMS, Dr. Noor Syakirah Zakaria menekankan bahawa program tersebut adalah platform yang sesuai untuk pelajar memahami kepentingan hubungan industri dan komuniti setempat, selaras dengan keperluan pasaran kerja global
“Perkhemahan ini bukan sahaja memperkukuh jalinan hubungan antara universiti dan komuniti, tetapi juga mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia kerja dengan kemahiran yang lebih holistik,” katanya.
Pengetua SMK Bongawan, Masrin Zaini turut menyatakan keyakinan bahawa inisiatif tersebut mampu memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak, baik pelajar sekolah mahupun ahli kelab INDREC.
“Program ini tidak hanya mendidik pelajar sekolah tentang peluang pendidikan tinggi, tetapi juga melatih mahasiswa dalam bidang pengurusan acara dan komunikasi.
“Ini selari dengan peranan UMS untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah jawatankuasa program, Nurfaradillah Aidine merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, serta menyatakan bahawa kerjasama erat antara mahasiswa INDREC, pihak sekolah, dan komuniti setempat memainkan peranan penting dalam kejayaan program ini.
“Kami belajar untuk menjadi pemimpin yang bertanggungjawab sambil memberi impak positif kepada komuniti.
Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai,” katanya.
Pensyarah Penasihat INDREC, Azizan Haji Morshidi turut menegaskan bahawa program tersebut adalah sebahagian daripada usaha fakulti untuk memupuk kesedaran sosial dalam kalangan pelajar universiti.
“Program ini selaras dengan aspirasi UMS untuk menjadi universiti mesra komuniti yang mementingkan kesejahteraan masyarakat.
“Ini sekali gus memperkukuh peranan INDREC sebagai platform untuk melatih pelajar dalam aspek hubungan industri dan komuniti,” ujar beliau.
Program yang berlangsung selama sehari itu turut menampilkan dua penceramah jemputan utama dari FSSK, iaitu Prof Madya Dr. Dzurizah Ibrahim dan Dr. Fauzie Sarjono yang memberikan ceramah bertemakan kepentingan hubungan industri dan pembangunan kompetensi pelajar di era globalisasi.



Warga 鶹Ƶ (UMS) menyambut baik tujuh fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta 10 Agenda Transformasi Pendidikan yang menjadi hala tuju pendidikan tinggi negara pada tahun ini seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam perutusan tahun baharu beliau baru-baru ini.
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS), 鶹Ƶ (UMS) menghasilkan modul Pembelajaran dan Pemudacaraan (PdPC) Sains Awal yang berkonsepkan Agromakanan Edu-Pelancongan.
鶹Ƶ (UMS) dan Jabatan Arkib Negeri Sabah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan pengurusan serta pemeliharaan sumber warisan negeri Sabah.
鶹Ƶ (UMS) melalui One Health Student Club (OHSC) dengan kerjasama beberapa universiti luar negara telah menganjurkan program kesedaran perubahan iklim bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tenom, baru-baru ini.