鶹Ƶ

鶹Ƶ (UMS) terus komited memperkukuhkan pendidikan Islam di negeri Sabah dengan penganjuran Seminar Kebangsaan Hafazan Al-Quran yang dianjurkan Fakulti Pengajian Islam (FIS) UMS.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof, ketika mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor merasmikan seminar tersebut mengalu-alukan inisiatif FIS dalam menganjurkan seminar tersebut

“Seminar ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar, malah turut membantu merancakkan lagi usaha meningkatkan lagi kefahaman berkaitan agama dalam kalangan masyarakat.

“Penting untuk kita melatih anak-anak membaca Al-Quran dengan betul kerana bacaan ayat suci Al-Quran adalah asas kepada solat.

“Justeru itu, seminar seperti ini adalah platform terbaik untuk memastikan kita terus membimbing generasi muda dalam memartabatkan Al-Quran dan ajaran Islam,” katanya dalam ucapan perasmian seminar tersebut yang berlangsung di Pusat Islam UMS.

Beliau turut menekankan bahawa dalam kehidupan, perlu ada keseimbangan antara mengejar dunia dan akhirat.

“Melalui penganjuran seminar serta program-program keagamaan, UMS berperanan meningkatkan lagi usaha memperbaiki dan memperkukuhkan pendidikan Islam di negeri ini.

“Penubuhan FIS adalah langkah penting dalam melahirkan lebih ramai graduan yang bukan sahaja mampu berkhidmat untuk masyarakat di Sabah, tetapi juga mempertingkatkan pengajaran agama Islam di negeri ini,” tambahnya.

Ujar beliau, FIS diharap akan terus menganjurkan program-program yang menyemarakkan aktiviti-aktiviti keagamaan, sekali gus membawa manfaat besar kepada masyarakat dan sistem pendidikan Islam di Sabah.

Pada majlis tersebut, turut berlangsung acara pelancaran Infak Tunai Pembinaan Bangunan FIS, serta penyerahan watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di FIS kepada pendakwah bebas dan tokoh ulama terkenal, Al-Fadhil Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid

Hadir sama pada majlis tersebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Arifin Haji Mohd Arif; Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; dan Dekan FIS, Dr. Sarip Adul.

Sejumlah 34 kontinjen daripada pelbagai Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JAFPIB) di 鶹Ƶ (UMS) termasuk jawatankuasa kepimpinan pelajar di kolej kediaman, persatuan dan kelab telah terlibat dalam menjayakan acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat UMS 2024.

Para peserta kontinjen berhimpun di Dataran Dewan Canselor UMS seawal jam 7 pagi bagi sesi penilaian Pertandingan Kontinjen Terbaik, sebelum semua peserta berarak menuju ke Pusat Islam UMS bagi acara perasmian sambutan.

Perasmian sambutan tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.

Beliau dalam ucapannya menekankan keperluan umat Islam untuk mengadakan program-program keagamaan yang dapat meningkatkan keimanan dengan mengambil ibrah dari seluruh kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.

“Kita harus menghayati pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islam, serta ciri-ciri kepimpinan Baginda yang telah berjaya membentuk sebuah negara Islam yang dijulang tinggi dan disegani.

“Rasulullah s.a.w adalah suri teladan untuk diikuti oleh seluruh umat Islam di muka bumi ini.

“Diharap agar sambutan seperti ini akan melahirkan warga UMS yang berkasih sayang dan bekerjasama walaupun berbeza fikrah, budaya, bangsa dan agama,” katanya.

Dalam pada itu, Kasim berkata sambutan tahun ini yang bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” sangat bertepatan dengan matlamat membangunkan masyarakat yang bertamadun dan memiliki pemikiran serta peradaban yang tinggi seiring dengan kemajuan dari sudut ekonomi dan pembangunan kebendaan.

“Salah satu elemen penting dalam memastikan pembangunan Malaysia Madani ialah perpaduan seluruh masyarakat, maka perpaduan melalui akhlak Islamiah dan nilai-nilai murni harus dipupuk dan dibudayakan untuk mencapai Al-Falah.

“Jika kita berpecah-belah, berhasad dengki dan saling bersengketa, itulah penyebab kerosakan segala perancangan diri, universiti, seterusnya menggagalkan aspirasi Malaysia Madani,” ujar beliau.

Bersempena dengan sambutan tersebut, Kasim turut menyempurnakan pelancaran Sistem E-Zakat, serta mendengar ceramah perdana yang disampaikan oleh Mufti Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar.

Kontinjen Jabatan Pendaftar telah dinobatkan sebagai Johan Kontinjen Terbaik sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS, sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM1,000.

Kontinjen Kolej Kediaman Tun Fuad pula muncul naib johan, manakala Kontinjen Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan / Hospital UMS mendapat tempat ketiga.

Hadir sama pada acara sambutan tersebut Ahli Lembaga Pengarah UMS, Norali Awang Damit; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; dan Penasihat Undang-Undang UMS, Awang Suhaizam Bongsu.

The Centre for Postgraduate Studies, 鶹Ƶ (UMS) has organized the Inaugural Borneo International Postgraduate Symposium (BIPS @ UMS 2024) with the theme “Contemporary Research: Valuing Inclusive and Sustainable Studies towards building Innovative Societies”.

Vice Chancellor of UMS, Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor stated that the objective of BIPS @ UMS 2024 is in line with the first, third and fifth lenses of the university.

“The first lens focuses on talent preparation, the third lens aimed at knowledge transfer and sharing while the fifth lens focuses on an enabling ecosystem by the university.

He said with the theme, the contemporary research must prioritize inclusive and sustainable research approaches, crucial in addressing societal challenges.

“This is also in-line with the hala tuju Sabah Maju Jaya, which emphasizes on Inclusive, Fair, Prosperous and Thriving as a way forward for our beloved state.

“The wealth of knowledge and expertise assembled here today is truly remarkable, and I have no doubt that over the course of the next two days, we will witness inspiring presentations, thought-provoking discussions and fruitful networking opportunities,” he said during his speech, represented by Dean of Centre for Postgraduate Studies, UMS, Professor Dr. Rossita Shapawi.

Kasim also stated that the postgraduate students and participants should take full advantage of the diverse array of presentations, workshops and panel discussions lined up.

He also expressed his gratitude for the hard work of the UMS Centre for Postgraduate Studies, strategic partners and sponsor namely Sabah Convention Bureau, Invest Sabah and Sabah Tourism Board, who have worked behind the scenes to ensure the success of the event.

A total of 60 participants, both physical and online, not only local postgraduate students but also international participants namely China, Indonesia and Bangladesh.

Inovasi dalam sektor perhutanan memainkan peranan penting bagi mewujudkan kelestarian alam dan dunia yang lebih baik.

Menurut Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, hutan dan inovasi menekankan keperluan untuk memanfaatkan inovasi teknologi bagi menangani ancaman yang semakin meningkat terhadap hutan.

“Justeru itu, UMS melalui Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) telah mengadakan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat UMS dengan mengangkat tema “Hutan dan Inovasi”.

“Ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya hutan dan bagaimana inovasi dan penggunaan teknologi seperti satelit, dron dan sistem maklumat geografi dapat meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti pemantauan dan pemeliharaan hutan.

“Inovasi dapat membantu kita memulihkan, melindungi, mengurus, dan menggunakan hutan secara lestari dan efisien, serta mengurangkan risiko penebangan hutan, kemerosotan habitat, dan perubahan iklim,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sambutan tersebut di hutan SFERA @ UMS.

Kasim menambah, pendekatan secara holistik perlu diambil dalam penglibatan manusia dengan alam semula jadi untuk mencapai kesihatan optimum antara manusia, haiwan, hutan dan alam sekitar.

“Pengiktirafan kepentingan hutan untuk keselamatan dan keterjaminan makanan juga telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Untuk itu, tahniah diucapkan kepada warga UMS kerana berjaya menanam sebanyak 4,038 pokok pada tahun ini.

“Besarlah harapan saya agar sambutan ini dapat meningkatkan kesedaran semua kakitangan, pelajar dan pemegang taruh di universiti ini dalam kepentingan pengurusan hutan lestari yang akan menyumbang kepada kesejahteraan generasi pada masa kini dan akan datang,” ujar beliau.

Pada majlis tersebut, UMS telah memeterai satu Memorandum Persefahaman antara UMS dan Koshii Co. Ltd., selain turut menandatangani Surat Niat antara UMS dan Darau Furniture.

Turut berlangsung sesi penyerahan mock cheque perjanjian penyelidikan antara UMS dengan Borneo Samudera Sdn. Bhd. bernilai RM50,000.00 daripada Sawit Kinabalu.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly; Ketua Cawangan Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., Calvin Liew; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA), Bahrul Razha Hj. Chuprat; Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Inovasi, Jabatan Perhutanan Sabah, Karim Abdul Samad; Pengurus Unit Konservasi dan Biodiversiti, Borneo Samudera, Charis Saliun; Ketua Pegawai Eksekutif Jawala Inc, Abdul Rahman Khan; Pengurus Darau Furniture; Hajah Rosmilin bt Abdullah @ Samilin bt. Munggai dan Dekan FPT, Prof. Madya Dr. Normah Awang Besar @ Raffie.

鶹Ƶ (UMS) komited untuk terus memimpin transformasi digital dan mengukuhkan kedudukan UMS dalam era teknologi yang semakin pesat.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata transformasi digital merupakan teras utama Pelan Strategik UMS terutama dalam Key Result Area ketujuh (KRA7).

Katanya, KRA7 itu selaras dengan lima pelan strategik UMS yang bertujuan memperkukuh struktur dan sistem pendidikan di UMS.

“KRA7 memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu kepuasan dan pemantauan teknologi yang memfokuskan kepada pemerkasaan infrastuktur wi-fi di seluruh kampus, memastikan semua warga kampus universiti dapat mengakses maklumat dan sumber dengan efisien.

“Kedua, kepuasan penglibatan warga kampus yang mendorong penglibatan semua pihak dalam menjayakan pendigitalan universiti, memperkukuh semangat kerjasama dan inovasi dalam setiap inisiatif.

“UMS telah melaksanakan pelbagai inisiatif pendigitalan berimpak tinggi, termasuk UMS Go Super App, HROline, SMP dan ITEL,” katanya.

Kasim memaklumkan sebanyak 4,000 akses poin tanpa wayar di seluruh kawasan kampus bagi memastikan setiap warga kampus dapat berhubung dan mengakses maklumat dengan mudah dan pantas.

“Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi juga memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar.

“UMS sentiasa berusaha untuk menambah baik dan berinovasi bagi memastikan perkhidmatan dalam keadaan yang cekap dan memuaskan,” katanya ketika merasmikan Bulan Digital UMS 2024 dan Ekspo Perkhidmatan Pendidikan dan Digital UMS (EPDUMS) 2024, baru-baru ini.

Tambah Kasim, strategi masa depan adalah memastikan Artificial Intelligent (AI) dan teknologi digital berfungsi sebagai pemangkin yang dapat membantu menyelesaikan masalah dan mempermudah kehidupan manusia.

Katanya, penggunaan teknologi mesti dilakukan secara bertanggungjawab dan beretika dan UMS akan terus menjadi peneraju dalam mengintegrasikan teknologi dengan nilai-nilai kemanusiaan.

“Salah satu inisiatif yang telah kita laksanakan adalah penggunaan sistem AI Powered Surveillance atau lebih dikenali sebagai AiS, yang merupakan sistem keselamatan canggih CCTV yang digunakan di UMS.

“Dengan semua usaha ini, kita yakin bahawa sinergi antara manusia dan teknologi dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran di UMS, menjadikan universiti kita lebih cemerlang di persada global.

“Kita kini berada di ambang transformasi yang akan menentukan masa depan pendidikan dan pekerjaan. Namun kita harus ingat bahawa teknologi adalah alat dan manusia adalah penggerak utama.

“Hubungan antara alat dan manusia didorong oleh integriti serta bijaksana agar sinergi ini menghasilkan hasil yang bermanfaat kepada masyarakat,” tambahnya lagi.

EPDUMS 2024 dengan tema ‘AI Synergy: Transforming Ideas into Reality’ menyediakan platform pusat sehenti untuk perkongsian perkhidmatan digital dan teknologi bagi meningkatkan kesedaran serta literasi digital warga UMS.

Penganjuran Bulan Digital dan EPDUMS 2024 juga menyaksikan pelancaran lima aplikasi yang boleh digunakan oleh pelajar dan kakitangan UMS iaitu aplikasi Hopin Bus Tracking (pengesanan pergerakan bas UMS), E-Linkages, UMS Digital Card, Students Development Point V2 dan Tungnagu (storan awan UMS).