- Jumlah paparan: 660
Nilai Adab, Minda Progresif Jadi Teras Pacu Kecemerlangan Universiti: Naib Canselor UMS
Nilai adab dan minda progresif perlu menjadi kunci kepada setiap usaha yang dilaksanakan bagi memacu dan menjayakan agenda kecemerlangan universiti.
Naib Canselor 鶹Ƶ (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, dalam mendepani cabaran tahun baharu 2025 yang mendatang, warga UMS perlu mengangkat satu nilai yang mesti menjadi teras utama, yakni adab.
“Adab bukan sekadar kesopanan, tetapi ia adalah penghormatan kita terhadap ilmu, sesama manusia, dan tanggungjawab kepada masyarakat.
“Selain mengukuhkan nurani dengan adab, kita juga perlu bergerak ke arah growth mindset.
“Adab membentuk asas nilai diri, manakala growth mindset mendorong kita untuk sentiasa berkembang, belajar daripada pengalaman, dan melihat cabaran sebagai peluang untuk maju,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena Tahun Baharu 2025 yang disiarkan di laman rasmi media sosial UMS.
Menurut Kasim, dalam ekosistem universiti, growth mindset bermakna warga universiti tidak takut untuk mencuba perkara baharu, belajar dari kesilapan, dan berkembang melangkaui batasan diri.
“Para ahli akademik perlu mengasah minda mahasiswa dan bukan sahaja menyampaikan fakta tetapi memberi mereka keberanian untuk berfikir, untuk bertanya, dan untuk bercita-cita besar.
“Anda adalah suluh budiman, menyuluh pelajar meneroka laluan peta yang belum dilakar, menunjuk arah, tetapi tidak memaksakan pilihan, dan amanah ini menjadi amal jariah, sumbangan abadi melangkau generasi.
“Mahasiswa memandang anda sebagai teladan, justeru tunjukkan bahawa kekuatan intelektual itu bermula dengan adab, dan kebijaksanaan itu lahir daripada kesabaran,” katanya.
Tambah beliau, pentadbir universiti juga perlu memastikan segala urusan pentadbiran berjalan lancar sekali gus menjadikan semua warga kampus dapat menjalankan tugas dengan baik.
“Anda adalah penjaga sistem yang memastikan dasar dan prosedur dilaksanakan dengan baik, dan setiap keputusan anda memberi kesan besar kepada perjalanan universiti.
“Sumbangan anda semua adalah nadi yang menghidupkan universiti dan menjadikannya tempat di mana kecemerlangan ilmu dan nilai manusiawi bertemu,” katanya.
Ujar beliau, dalam tahun 2025, UMS akan meneruskan usaha mengukir keunggulan dan memperkasa ekosistem berdasarkan lima lensa ke arah UMS cemerlang.
Kasim mengakhiri perutusan dengan menyeru seluruh warga UMS melangkah ke tahun 2025 dengan semangat kesatuan dan jiwa yang padu untuk mencapai impian bersama.



鶹Ƶ (UMS) melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) terus komited terhadap usaha meningkatkan pendapatan komuniti setempat menerusi penganjuran Kursus Penternakan Akuakultur Pesisiran Pantai Bersama Komuniti Daerah Kudat baru-baru ini.
Dua pensyarah daripada 鶹Ƶ (UMS), iaitu Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Mohd Sani Sarjadi dan Prof. Madya ChM. Dr. Moh Pak Yan menerima pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam bidang kimia negara apabila dilantik sebagai Felo Institut Kimia Malaysia (IKM).
鶹Ƶ (UMS) melalui Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan masyarakat melalui program yang memberi impak langsung kepada komuniti setempat.
鶹Ƶ (UMS) menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK), Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) telah mengadakan Karnival Usahawan Mahasiswa UMS sempena Hari Kanak-kanak Borneo 2024 di FPPS, UMS baru-baru ini.